Di sebuah perkampungan pedalaman, terdapat seorang lelaki yang warak dan sangat taat pada agamanya. Agamanya melarang keras perhubungan diantara lelaki dan perempuan yang tidak di ‘ikat’ dengan ‘tali’ yang sah. Bersebelahan rumah lelaki itu terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada 3 orang abang dan seorang adik perempuan. Ibu bapa mereka sudah meninggal dunia, terbunuh dalam kancah peperangan.
Suatu hari, dikhabarkan sebuah peperangan akan berlaku di sebuah negeri. Peperangan itu membabitkan musuh-musuh yang telah membunuh ibu bapa 4 beradik tersebut. Lalu, 3 abang itu tidak melepaskan peluang menyertai perang untuk tujuan membalas dendam.
Di pagi hari mereka memulakan perjalanan tempat peperangan, mereka telah meminta pertolongan dari lelaki warak itu. Mereka meminta supaya adik perempuan mereka di beri makan setiap hari dan segala perbelanjaan akan di tanggung mereka. Di kala pemergian 3 abang tersebut, adik perempuan sempat meminta lelaki warak itu mendoakan kejayaan abang-abangnya.
Hari pertama, lelaki tersebut hanya meletakkan makanan yang di sediakan di hadapan rumahnya dan menjerit supaya perempuan itu mengambil makanan sendiri. Sambil proses pengambilan itu berlaku, lelaki tersebut sibuk menelaah buku-buku. Tiada pertembungan jasad yang berlaku dan inilah yang dirancang dan diinginkannya. Prosedur ini berterusan sehingga seminggu.
Setelah seminggu berlalu, seperti biasa, sedang lelaki itu hendak meletakkan makanan di tempat kebiasaan, syaitan telah membisikkan sesuatu ke telinganya, “haih, engkau nih, kesian la perempuan tuh, kene berjalan ke mari, dah la panas terik.Kan perempuan ni kaum yang lemah. Apa kata engkau pergi letakkan makanan tu didepan rumahnya. Tak panas, tak perlu berjalan jauh”. Dalam hati si lelaki itu, “ Betul juga, baik aku pergi letak didepan rumahnya. Ala, tak bertembung pun, dia kat dalam, aku kat luar. Lepas letak terus balik.” Lalu lelaki tersebut pergi meletakkan makanan di hadapan rumah perempuan itu dan terus pulang. Prosedur ini berlanjutan selama seminggu tanpa ada pertembungan.
Selepas seminggu berlalu, sekali lagi syaitan membisikkan sesuatu, “apa la kau ni, kesian la perempuan tu, bila dia ambil makanan, asyik-asyik dah sejuk. Tak sedap la makanan tu. Cuba engkau beri makanan tu hand-to-hand.” Dalam hatinya, “betul juga, kesian la makan makanan sejuk. Lagipun bila bagi makanan tu, tak usah la pandang muka, dan cakap pun tak perlu.” Lalu pergilah lelaki tersebut dengan hati terbuka. Dia mengetuk pintu, lalu menghulurkan makanan itu. Perempuan itu mempelawa lelaki itu masuk, akan tetapi, lelaki itu terus menoleh dan pulang.
Keesokan harinya, apabila mahu mengulangi proses yang sama, imannya telah pudar sedikit dan nafsunya membuak akibat ajakan perempuan itu. Syaitan membisikkan lagi, “Kau ni, kecil hati perempuan tu, bila orang ajak pergi sajalah. Bukan nak buat ape pun, masuk rumahnya sahaja.” Bertambah lagi ajakan itu untuk masuk ke rumah perempuan itu dengan bisikkan syaitan. Lalu, lelaki tersebut bersetuju untuk masuk ke rumah perempuan itu. Pada mulanya, dia hanya minum the dan terus pulang. Kemudian, lama-kelamaan akibat iman yang sudah pudar, lelaki tersebut telah melanggar hukum agamanya dengan mengadakan hubungan di luar pertalian sah.
Dengan perasaan sangat bersalah dan pemikiran yang kurang waras, lelaki tersebut telah membunuh perempuan itu untuk menutup perbuatannya itu dari diketahui oleh abang-abangnya. Lelaki itu menanam mayat perempaun tersebut didalam rumahnya sendiri.
Setelah 3 bulan berlalu, abang-abang pulang dengan selamat membawa kejayaan. Perihal adik mereka dibunuh telah di tutup dengan alasan yang adiknya telah di culik orang. Pada suatu malam, ketiga-tiga beradik itu didatangi syaitan, lalu diberitahu perihal adik mereka dibunuh. Setelah mengetahui hal sebenar, mereka bertiga membunuh lelaki tersebut sebelum dia sempat meminta maaf.
Sekian.
Message:
1) Syaitan sentiasa mencari jalan paling halus untuk menyesatkan kita. Jika dilihat dari cerita diatas, walaupun ia nampak baik (menyenangkan perempuan itu), tetapi muslihat di sebalik itu lebih dahsyat.
2) Peristiwa diatas boleh di buktikan dengan kejadian-kejadian yang terjadi pada remaja-remaja kita. Contohnya, tidak mengapa sepasang kekasih yang kononnya muslim, muslimah, bertemu. Bukannya berpegang tangan seperti orang lain. INILAH YANG DIINGINI OLEH SYAITAN.