Islamic Search Engine

Alwahy.Com Worlds first Internet portal site

Saturday, October 24, 2009

Fire...

Latihan diri untuk menahan marah....


Marah....

jika ditaip di google search image... kita dapati semua gambar menunjukkan 'muka2' yang sangat tidak elok...(bagaimanakah mukaku jika marah, mesti buruk)....



Jadi, mahukah kita bermuka buruk oleh kerana marah...

Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada kita berkenaan marah,

Allah's Apostle Peace and blessings of Allah be upon him said, "The strong is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong is the one who controls himself while in anger." Sahih Al-Bukhari 8.135, Narrated Abu Huraira, r.a.

Hadith lain yang menyebut kita jangan marah....

A man said to the Prophet Peace and blessings of Allah be upon him, "Advise me!" The Prophet said, "Do not become angry and furious." The man asked (the same) again and again, and the Prophet said in each case, "Do not become angry and furious." Sahih Al-Bukhari 8.137, Narrated Abu Huraira, r.a.

Apa yang mesti di buat apabila nak marah....hurmm

i) Sebutkan dan tusukkan hati sendiri dgn berkata "Aku berlindung denganMu ya Allah dari Syaitan"

Two men abused each other in front of the Prophet while we were sitting with him. One of the two abused his companion furiously and his face became red. The Prophet said, "I know a word (sentence) the saying of which will cause him to relax if this man says it. Only if he said, 'I seek refuge with Allah from Satan, the outcast.' " So they said to that (furious) man, "Don't you hear what the Prophet is saying?" He said, "I am not mad." Sahih Bukhari 8.136, Narrated Sulaiman bin Sarad, r.a.

ii) Ambil wudu'.... (yang x pernah cuba kat diri...hurmm boleh cuba nih)

AbuWa'il al-Qass said: We entered upon Urwah ibn Muhammad ibn as-Sa'di. A man spoke to him and made him angry. So he stood and performed ablution; he then returned and performed ablution, and said: My father told me on the authority of my grandfather Atiyyah who reported the Apostle of Allah (peace be upon him) as saying: Anger comes from the devil, the devil was created of fire, and fire is extinguished only with water; so when one of you becomes angry, he should perform ablution. Sunan of Abu Dawood, Narrated Atiyyah as-Sa'di, r.a.

i) Nak marah tgh berdiri...DUDUK!....klau tgh duduk...TIDUR!!! =)

The Apostle of Allah (peace be upon him) said to us: When one of you becomes angry while standing, he should sit down. If the anger leaves him, well and good; otherwise he should lie down. Sunan of Abu Dawood, Narrated Abu Dharr, r.a

Wallahua'lam....

Aku memohon padaMu ya Allah agar engkau memberikan ku kekuatan untuk mengubah sifat-sifat syaitan ini kpd sifat-sifat dari Al-Quran...mohon dengan amat...Allahu Karim.

Tuesday, September 15, 2009

Peristiwa Sabra Shatila...Sifat kebinatangan syaitan bertopengkan manusia bergelar ISRAEL.....

27 TAHUN BERLALU, SABRA SHATILA JANGAN DILUPA!

15092007 disediakan oleh Ainullotfi al-Fikri

lilin

Minggu ini genap ulang-tahun ke-27 peristiwa berdarah yang menyayat hati pembantaian seramai beribu-ribu orang pelarian Palestin di Kem Sabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan. Peristiwa hitam ini tetap tinggal dalam sejarah umat Islam Palestin sebagai satu lagi daripada berpuluh-puluh tragedi yang menimpa mereka setelah berlakunya Nakba 1948, apabila tanah air mereka dijajahi oleh pendatang-pendatang asing dari Eropah yang menghalau mereka keluar merempat ke tempat orang.

Peristiwa yang bermula dengan pengepungan kem tersebut oleh tentera Zionis di bawah pimpinan Ariel Sharon pada tengah hari Rabu 15 September 1982 tersebut akan tetap tinggal sebagai contoh kebinatangan manusia yang tidak berhati perut hingga ke akhir zaman. Setelah semua pintu keluar disekat, kereta kebal tentera Yahudi mula membedil perkhemahan tersebut, sambil diawasi daripada bangunan-bangunan tinggi di sekeliling perkhemahan yang diduduki mereka, termasuk Kedutaan Kuwait, untuk dijadikan pos-pos pemerhatian. Sementara itu Sharon bertemu dengan pihak militia Kristian Falangist, di bawah Elie Hobeika, untuk mempelawa mereka masuk ke dalam perkhemahan pelarian Palestin dan “membersihkan” apa yang mereka sebut sebagai sarang pengganas.

Seterusnya bermula petang 16 September gerombolan pertama daripada sejumlah 1,500 orang militia Falangis, yang termasuk juga anggota-anggota Tentera Bebas Lubnan pimpinan Saad Haddad, masuk ke dalam kawasan perkhemahan dengan menaiki jip-jip yang dibekalkan oleh tentera Yahudi dan bersenjatakan senapang, pisau dan parang. Mereka lalu menjalankan “tugas” membunuh dan menyembelih pelarian Palestin di sana, malah merogol wanita-wanita juga, sambil tentera Zionis berkawal di luar sepanjang sempadan perkhemahan agar tiada siapa yang lepas lari keluar. Di sebelah malam tentera Yahudi menembak roket suluh (flares) ke atas perkhemahan bagi meneranginya – dikatakan sehingga terang benderang bagaikan padang bola, agar pihak militia Kristian di dalam dapat terus menjalankan pembantaiannya.

Pembunuhan beramai-ramai yang kejam tersebut berjalan terus-menerus selama lebih daripada dua hari, tanpa mempedulikan sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak, dan tanpa ada pembelaan atau pertahanan daripada sebarang pihak pun.

Setelah tiba pagi sabtu 18 September barulah pengganas-pengganas Falangis meninggalkan perkhemahan, menghela mereka yang masih hidup keluar bersama untuk dibawa ke stadium pula untuk disoal siasat. Apabila kumpulan pemberita yang pertama dapat masuk ke dalam kawasan perkhemahan, mereka dapati jasad-jasad bertaburan di seluruh kawasan, banyak daripadanya telah dikerat-kerat. Hanya setelah itulah baru berita pertama mengenai pembantaian ini sampai ke pengetahuan masyarakat dunia.

bergelimpangan

Wartawan Amnon Kapeliouk, yang beliau sendiri juga seorang Yahudi, daripada akhbar Perancis ‘Le Monde Diplomatique’ menganggarkan sejumlah 3,000-3,500 orang pelarian Palestin lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dan disembelih dalam tempoh dua hari tersebut dengan penuh kejamnya. Ini mengambil kira sebanyak 2,000 mayat yang diselenggarakan selepas pembantaian, daripada sumber-sumber rasmi dan Palang Merah, dan seramai dianggarkan 1,000 hingga 1,500 lagi yang dibereskan sendiri oleh pihak pengganas Falangis. Selama begitu lama, dunia tidak melihat suatu pembunuhan beramai-ramai pihak yang tidak bersalah yang bukan golongan askar sebegitu, yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri, dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sehingga ke hari ini tidak seorang pun yang bertanggungjawab ke atas pembantaian kejam ini telah dibawa ke muka pengadilan, jauh sekali daripada dihukum setimplanya. Malah kemudiannya, Ariel Aharonnaik menjadi Perdana Menteri entiti Zionis pula. Komander Falangis, Elie Hobeika, juga terlepas daripada hukuman dunia malah kemudiannya menjadi Menteri Kabinet Lubnan pula dalam tahun-tahun 90-an. Walau bagaimanapun dia mati lantaran bom kereta pada Januari 2002.


Sumber klik di sini

Wednesday, August 19, 2009

Hikayat Hati sang Pengarah....

Analogi Istiqamah dengan HATI, LIDAH dll.


Jika kita tanya pengetahuan yang ada pada diri...yang manakah datang terlebih dahulu, HATI or LIDAH?

Hadith Rasulullah s.a.w.,

"Ingatlah, sesungguhnya di dalam jasad manusia, ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Dan apabila rosak, rosaklah seluruh jasad. Ingatlah, ia adalah HATI." (rawahul Bukhari wa Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang lain,

"Iman seseorang hamba tidak akan beristiqamah sehinggalah HATInya beristiqamah. Dua HATInya tidak akan beristiqamah sehinggalah lidahnya istiqamah"(rawahul Imam Ahmad)

Pada pendapat anda yang manakah lebih 'superior'?

Sebelum bercakap yang mana lebih superior....kita tanyakan diri, apakah makna Istiqamah? Selalunya kita sebut Istiqamah tu bnd yg consistent kita buat walau sikit...btul x?

Sebenarnya maknanya lebih drpd itu...diambil dari sebuah kitab, 'menjalani landasan lurus, iaitu agama yang betul tanpa bengkang bengkok ke kanan atau kekiri merangkumi semua perbuatan taat yang zahir dan batin, dan meninggalkan semua yang ditegah'. Huh...

Back to the question, which one more superior?

Hurmm....cepat tengok gambar diatas. Analoginya, HATI sebagai pengarah...apa yang pengarah lakukan? (refer to general cases of a company profile)

'Pengarah'...kata akarnya arah....for sure kerjanya mengarah....ye dak?

Pengarah mempunyai aim, visi dan misi yang ingin dicapai supaya syarikatnya mendapat keuntungan yang besar. Pelbagai visi dan misi diletakkan supaya mendapat keuntungan itu dan sentiasa disebut dalam meeting. Katakanlah, mendapat tender membina sebuah bangunan, misinya mestilah buat bangunan paling tahan, paling cantik, paling segala-galanya. Jika pengarah yang 'rosak', misinya nak buat bangunan dengan cost sangat murah supaya duit peruntukan pembinaan bangunan itu ada yang lebih dengan banyak untuk dia ambil. Kesannya, sudah tentu bangunan tersebut tidak stabil, tidak selamat, tidak cantik dan sebagainya. Dan keuntungan yang dia dapat hanya sementara.

Cuba kita relatekan analogi ini kepada HATI, jika HATI ini istiqamah dengan misi dan visi yang ingin dicapai, misi dan visi yang baik sudah tentu memberikan keuntungan yang besar dan juga jika sebaliknya berlaku. Apakah misi visi yang baik? Hurmmm...saya bagi pilihan jawapan. anda pilih berdasarkan pemahaman anda.

a) projek = pembinaan individu, keluarga, masyarakat, kerajaan...dsb Islam yang sejati, syumul, beramal dengan sepenuh hati. Lepas ni, jika kita ada anak, anak-anak kita bergaul dengan individu, keluarga, masyarakat yg baik, beguna untuk orang lain. pembinaan ini juga bertapakkan kemahuan untuk keluarga, kaum kerabat kita tidak 'rosak' dan beramal dengan Islam sepenuhnya.
b) projek = bina rumahtangga, hidup seperti kebanyakan orang masa kini (pergi kerja, penat, berehat di rumah dan sebagainya)
c) projek = habiskan study, enjoy.
d) projek = mesti habiskan game nih sebelum exam...nanti tak kempunan nak main.
e) projek = sebelum Ramadhan mesti makan puas-puas.
f).....isikan kalau ada yang lain....
g)..............

Perjalanan matalamat ke level seterusnya, iaitu Pengurus analoginya AKAL. Apa peranan pengurus syarikat secara amnya?

Hrmm....Org yang menguruskan sesuatu la kan? Seperti biasa kata akar 'urus'...so related to something to manage.

Setelah matlamat, visi dan misi telah tertaut pada keinginan pengarah, maka yang membuat planning ialah....pengurus....ye dak?

AKAL memainkan peranan penting dlm planning projek yang ingin mencapai visi dan misi berdasarkan apa yang telah tertaut pada HATI. Tapi, bolehkah pengurus tukar visi dan misi? dgn kata lain, adakah HATI ini boleh dibolak balikkan oleh AKAL sndr?....ask yourself....adakah dlm diri kita, HATI(akidah) memandu akal atau sebaliknya?

Seterusnya perjalanan matlamat sampai kpd Ketua Pekerja. Beranalogikan LIDAH, apakah peranan ketua pekerja? Pentingkah adanya ketua pekerja?

Agak2 kenapa relatekan LIDAH ni kpd ketua pekerja ye? Ketua adalah penting bagi memastikan pelaksanaan kerja2 berjalan lancar, baik dan sempurna. Cuba bayangkan kita dlm alam situasi bekerja dimana kita sbg pekerja n ada seorg ketua mengetuai team kita. Ketua nih cakap 'berapi-api' tapi isinya kosong. Tambah pula, perangai tak senonoh...dan smuanya lah.
Hurmm..camne nak relate kat LIDAH. Senang je, kalau LIDAH nih byk bercakap tapi bnd yg kosong, apa faedahnya kpd anggota2 badan yang lain. Kalau kita tidak menggunakan LIDAH ini dengan baik...kata2 buruk, mengata orang, bercakap 'gedik2' kpd bukan mahram, sudah tentu anggota lain turut 'gedik2'..dsbnya.

Apa kaitannya LIDAH(ketua pekerja yang duk kat working site) dgn HATI(pengarah yang duk kat office)?

Jika kita lihat, matlamat yang perlu dicapai dgn jayanya mesti dikerjakan oleh pekerja2. Jika semua pekerja 'buruk', alamatnya 'jauh' la matlamat itu...jika smua pekerja 'mantop'...in sya Allah dgn izin Allah matlamat boleh dicapai....
Then matlamat pula....jika 'buruk' matlamat itu, maka pekerja2 nya akan turut tidak dapat menjalankan kerja dgn baik (i.e. 'buruk')....dan jika matlamat itu baik, maka pekerja2nya in sya Allah biiznillah turut terkesan dgnnya...

Kembali kepada persoalan diatas....yang mana lebih superior?

Kalau lihat hadith kedua diatas....ikut sequence, LIDAH mesti Istiqamah dahulu barulah HATI boleh Istiqamah. Hurmm...tapi HATI yang memandu LIDAH untuk mengeluarkan kata2 yang baik....
Hurmmmmm.....

Sebenarnya, kita tidak perlu sakit kepala mana dahulu perlu jaga...apa kata kita jadikan kedua-duanya perlu dijadikan baik.Haa...itu yang tebaik...selarilah katakan...dgn LIDAH dan HATInya yg baik...moga2 Allah memberikan yang terbaik....

"Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik Penguasa. Engkaulah yang mampu membolak balikkan hati ini. Maka, tetapkanlah hati-hati ini di jalanMu. Jadikanlah lidah pemberianMu ini menitip-nitip kebesaranMu melalui zikir dan kata2 yang baik. Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik Pencipta."

Kata-kata Luqman Al-Hakim, "....there's no better than these (refer to heart and tongue) if they are good, and there's no worst than these (refer to same things) if they are bad"...sumber tafsir Ibn Kathir.

Wallahua'lam....Semoga anda menjadi lebih baik dari hari sebelumnya....Assalamualaikum

Monday, July 6, 2009

Jalinan Musim Dingin 2009....sangat rindukan moment ini...

Sebiru Hari Ini
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Hope this moment will be there again....


Friday, June 26, 2009

Belajar Dari Kisah Dua Umar

Petikan dari buku 'BELAJAR DARI DUA UMAR KENYANGKAN PERUT RAKYAT'....


Pembacaan buku2 mengenai kehebatan2 sahabat Rasulullah yang dididik oleh kekasih Allah yang lebih hebat membuatkan hati kecil serta 'hitam' ini kembali besar serta 'merah'...(i.e. really love story from Sahabah Rasulullah s.a.w.).

Sedikit 'background buku'... dimulakan dengan 'interview' Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat...I'm really amazed on a statement from him..

"Bila saya ke Kuala Lumpur, saya tidak boleh duduk di hotel(mewah). Saya memilih untuk duduk di Rumah Kelantan (yang juga terletak di Kuala Lumpur, yang mana hak milik kerajaan disediakan untuk tetamu dari negeri lain; lama dan tidak mewah). Saya boleh jimatkan duit kerajaan. Ini cara saya menjaga rohani saya. Susah tidak mengapa asalkan tidak menghabiskan duit rakyat. ...

Statement diatas serba sedikit menggambarkan kisah yang akan diceritakan dari buku ini, dan Tuan Guru adalah contoh keperibadian dua Umar pada masa kini, yang hanya ada pada beberapa orang sahaja didunia ini (i.e. sangat sedikit). Ini bukan bermakna sifat tersebut hanya pada orang yang terpilih, tetapi manusia didunia ini telah meletakkan dunia itu pada 'hati' bukan pada 'tangannya' menyebabkan kecintaan kepada Allah 100% itu susah untuk dicari pada diri muslim pada masa kini.

Direct to the story of 2 UMARs

Buku ini mengandungi banyak kisah yang melibatkan sahabat Rasulullah s.a.w terutamanya Saidina Umar Al-Khattab.

Tapi pada entry kali ini saya hanya akan berkongsi 1 daripadanya yang mana tajuknya seperti tajuk buku ini sendiri.

Dimulakan dengan kisah di zaman Umar bin Abdul Aziz. Penceritaan mengenai kezuhudan beliau yang sangat menakjubkan. Setelah kematian khalifah ke-7 bani Umaiyyah, Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz diwasiatkan untuk menjadi khalifah ke-8 bani Umaiyyah. Semasa Umar bin Abdul Aziz melawat makam almarhum, beliau didatangi oleh pengikut2 setia khalifah dan diberikan sebuah kenderaan mewah yang sememangnya milik kerajaan untuk kegunaan khalifah. Dengan suara tersekat-sekat dan terketar kerana keletihan, beliau meminta dijauhkan kenderaan tersebut dan mendoakan agar Allah memberkati mereka. Kemudian beliau berjalan ke arah keldai yang selalu ditungganginya. Pengikut2 tersebut kemudiannya berbaris di belakang beliau bersama tombak tajam. Kemudian beliau menoleh belakang seraya berkata,"Aku tidak memerlukan kalian. Aku hanyalah orang biasa daripada kalangan kaum muslimin. Aku berjalan pagi dan petang seperti rakyat biasa".

Allahuakbar!!


Dalam kisah lain. Setelah kematian khalifah ke-7 bani Umaiyyah, beliau berjalan bersama-sama orang ramai menuju ke masjid. Ketika mereka sudah berkumpul di hadapan Umar bin Abdul Aziz, lalu beliau berdiri seraya berpidato,"wahai manusia, sesungguhnya aku mendapat cubaan dalam urusan ini (khalifah), dimana aku tanpa diminta persetujuan terlebih dahulu, memintanya ataupun bermusyawarah terlebih dahulu dengan kaum muslimin. Sesungguhnya aku telah melepaskan bai'at yang ada di bahu kamu untukku. Untuk selanjutnyam sila pilih dari kalangan kalian sendiri seorang khalifah yang kami redhai."
Ini menggambarkan kerisauan dan keberatan dirasai beliau untuk
memikul amanah yang sangat besar iaitu khalifah islamiyyah (pemimpin kerajaan bani Umaiyyah). Sifat seperti ini perlu dicontohi oleh pemimpin masa sekarang, tidak bersuka ria mendapat jawatan memikul beban yg berat amanah rakyat jelata.

Mendengar ucapan tersebut, orang ramai sebulat suara melantik beliau sebagai pengatur urusan kaum muslimin pd ketika itu dgn barakah dr Allah.


Dalam cerita yang lain, gambaran sifat takut kepada azab Allah yg pedih krn mengambil hak org lain ternukil dlm cerita beliau memadamkan api lilin ketika anaknya masuk untuk berbicara tentang perkara peribadi dan bukan tentang hal kerajaan. Ketahuilah bhw, beliau melakukan demikian kerana lilin itu hak kerajaan, bukan hak beliau. Berapa ramaikah kita bersifat begitu? bukankah kita juga akan memimpin sebuah organisasi, keluarga? hak anak bukan hak kita. Maka beringatlah bhw kepada anak juga kita mesti menjaga hak masing2 (reminder apply to me most, Alhamdulillah).


Kisah beralih kepada kisah Saidina Umar Al-Khattab, ketikamana umat Islam berjaya mendirikan daulah islamiah di Iraq dan Syam, mereka dikejutkan pula dengan kemarau yg panjang dan sgt kering. Hanya Madinah ketika itu yang masih subur (Negeri Rasulullah). Akibatnya, berbondonglah datangnya orang2 Islam dari daerah2 sekitarnya untuk mendapatkan makanan. Hanya beberapa saat shj Madinah Al-Munawarah dapat bertahan
dengan bekalan yg ada. Apabila tiba tahap kelaparan yang memuncak, Saidina Umar Al-Khattab
masih lagi mengajak rakyatnya menjamu selera. Suatu ketika beliau dihidangkan roti bersama minyak zaitun (bagi orang Arab ini adalah makanan yg sangat sedap untuk dimakan). Umar memanggil seorang Badwi. Umar tidak sesekali menjamah makanan itu selagimana orang Badwi itu tidak memakannya terlebih dahulu. Alangkah tingginya tahap hisar seorang pemimpin tertinggi pada ketika itu, Allahuakbar
. Umar berkata kepada orang Badwi itu yang benar2 menikmati makanan itu, "Agaknya kamu tidak pernah menikmati lemak?". "Benar, aku tidak pernah makan dengan minyak zaitun. Aku juga tidak pernah melihat orang2 lain memakannya sehingga sekarang", jawab si Badwi.
Mendengar kata2 itu, Umar seraya bersumpah tidak akan memakan lemak sampai semua rakyatnya kembali hidup seperti biasa. Ucapan beliau benar2 dibuktikan. Kata2 beliau yang diabadikan sehingga kini, "Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang yang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku orang yang terakhir yang merasakannya". Allahuakbar. Dimanakah pemimpin semulia ini di dunia ini sekarang...DIMANAKAH UMAR ZAMAN MODEN?


Kedua-dua Umar, mereka tidak perlukan 'body guard', mereka tidak perlukan harta, malahan mereka dekat dengan rakyat, mereka mencari keredhaan Allah dalam setiap langkah mereka, hisar, zuhud, adil dalam urusan. Rakyat tidak memusuhi mereka, rakyat dekat dengan mereka, rakyat sayang akan mereka, sikap manakah yang kita dan pemimpin sekarang mahu contohi? sikap artist? sikap Barat? owh tidak sama sekali...


Mahasuci ya Allah, Engkaulah Penciptaku, Engkaulah berkuasa membuat apa2, maka tidak mustahil untuk Engkau memeberikan aku HATI seperti dua Umar ini. Amin ya Rabbal 'Alamin.




Saturday, February 21, 2009

ukhuwwah fillah




assalamualaikum wbt




Apa itu ukhuwwah? berbedakah ukhuwwah itu dengan persahabatan atau jalinan antara kawan-kawan? kalau ada beza, tang mana yg berbeda itu? eeemmm...saya pun pada mulanya confuse antara ukhuwwah dan persahabatan. org kata ada beza n i know these two are not similar. Bukan hanya berbeda pada perkataan dan huruf, sebutan (ini lawak lapuk) tapi yg lebih penting makna dan "rasa" itu berlainan sekali. if ppl ask me ape yg beda nyer, mungkin saya akan termenung sejenak. bagaimana nak explain konsep ini or ekspress kan apa yg saya rasa sehingga saya boleh kata berlainan...




Saya quote kata2 as-syahid imam hassan al-banna, "Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran." Dalam maksud ukhuwwah nih sebenarnya, bukan hanya kita berkenalan dengan seseorg then jadi sahabat baik yang boleh bertempuk tampar, kira seperti geng kamcing laa...berukhuwwah or bersahabar fillah nih lebih dari itu...




kenapa sibuk sangat dengan ukhuwwah nih? penting ke? perlu ke? ada sahaja manusia yg boleh hidup tanpa sahabat. family kan ada. Ye ukhuwwah dengan sahabat penting. teramat penting. Jika Rasulullah dan para sahabat serta pejuang Islam tidak berukhuwwah mana mungkin kita menikmati dan mengecapi kemanisan iman dan kesenangan yg kita rasai sekarang. sejarah perang badar, khandak, pembukaan kota Mekah dan penyebaran Islam ke 2/3 dunia wont happen if org2 islam dahulu tidak mempraktikkan konsep ukhuwwah fillah. bagaimana org ansar boleh menerima Rasulullah dan muhajirin sedangkan mereka tidak pernah bersua muka, jika bukan kerana pemahaman mereka tentang konsep ukhuwwah fillah.




apa 3 titik kekuatan umat islam? salah satu drnya adalah persaudaraan sesama islam. apa yg menggerakkan kita untuk saling nasihat-menasihati sesama org islam kalau bukan kerana rasa sayang kita sesama muslim. Bertanggungjawab terhadap manhaj Islam; Bagi mereka yang berukhuwwah pada jalan Allah hendaklah saling nasihat menasihati saudaranya kerana Allah. Saling tegur menegur dan bersikap tegas dan ikhlas dalam memperbaiki kelemahan atau kecacatan saudaranya kerana Allah. Rasulullah s.a.w. sendiri telah berbai'ah dengan para sahabat untuk mendirikan sembahyang, membayar zakat dan memberi nasihat kepada setiap Muslim.Hebatnya penangan ukhuwwah ini. Power nya mampu menggerakkan dan meyatukan hati2 hamba2 yang basah dengan kalimah Allah dan Rasul.








org selalu tny bagaimana mahu menjadi mesra terhadap outsiders? macam mana nak mesra sedangkan kita baru kenal seseorg itu tidak sampai 10 minit? itulah kelebihan if kita berukhuwwah kerana Allah. kita bersahabat dengan seseorng kerana Allah. bukan kerana dia suka makanan yg sama dengan kita. dia berborak lancar macam kita. dia mempunyai minat yg sama dengan kita. Ukhuwwah itu menifestasi iman. kita berukhuwwah kerana itu tuntutan islam. kita sayang dia kerana kita seiman seislam. eeemmm payah kan nak wujudkan perasaan itu? insyaAllah jika kita selalu perbaharui niat. tp ape cara terbaik tuk wujudkan at least perasaan sayang itu kerana Allah?




1) semua nya berbalik kepada hati kita. pusat segala gerakan dan ekspresi diri kita. Ikhlas kerana Allah; Ukhuwwah yang sebenar tidak akan lahir sekiranya hubungan yang terjalin di antara mereka di atas dasar dan matlamat selain daripada Allah SWT. Bukanlah kerana kepentingan yang lain dari-Nya. Aku nak kawan ngan dialah sbb dia best..nnt org mesti tgk aku best jugak..bukan kerana ini kita bersahabat. Fillah...Apabila keadaan ini berlaku, maka akan lahirlah keberkatan dalam bersaudara seterusnya membuahkan kemanisan berukhuwwah.




2) keimanan dan taqwa








Di antara tatacara atau tips2 yang boleh membantu dalam memperkukuhkan ukhuwwah di kalangan kita ialah:

1) Apabila saudara mengasihi seseorang kerana Allah. Maka ia hendaklah memberitahunya bahawa ia mencintainya.

2) Hendaklah melazimkan berjabat tangan apabila bertemu dengan seseorang.

3) Hidupkan program ziarah-menziarahi dari semasa ke semasa.

4) Hendaklah megucapkan tahniah kepada saudaranya pada tempat yang munasabah.

5 ) Lazimkan memberi hadiah dalam keadaannya yang sesuai.

6) Berikanlah keutamaan dalam menunaikan hajatnya.

7) Hendaklah memberikan hak-hak ukhuwwah kepadanya. Sama ada hak-hak umum atau hak-hak ukhuwwah yang khusus.


so...jom kita berukhuwwah fillah. kerna manisnya ukhuwwah (bukan hanya kerna manisnya epal =P)




salam n love

Friday, August 15, 2008

Bosnia dlm Kenangan....Redovan ke pengadilan...ala barat...

Radovan Karadzic, ketua bangsa Serbia dalam negara Bosnia. Bersama Slobodan Milosevic, Presiden negara jiran, Serbia, membunuh lebih 250,000 orang Islam Bosnia di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan moden dan bertamaddun. Foto Atas Kiri - menyamar sejak 1995 sebelum diberkas kelmarin. Foto Atas Kanan - ketika menghapus umat Islam Bosnia diantara tahun 1992-1995.

Berita Radovan Karadzic diberkas keselamatan Serbia sedikit menggembirakan saya, namun disebalik itu, ia mengembalikan kenangan dan kesedihan mendalam dihati saya terhadap apa yang menimpa umat Islam Bosnia-Herzegovina pada 1992-1995 yang lalu. Ratusan ribu dibunuh kejam dan jutaan pelarian akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera Serbia dibawah arahan Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan lain-lain pemerintah yang nama mereka masih segar dalam ingatan saya biarpun 15 tahun telah berlalu.

(Foto Atas) Sebahagian kecil lelaki Bosnia yang ditempatkan di kem-kem tahanan Serbia (1992-1995). Adapun mereka yang berada di luar kem tahanan, samada menunggu nasib malang seperti yang lain atau telahpun mati menjadi mangsa kekejaman Tamaddun Barat Abad 20 seperti Foto Bawah.

Kebanyakan pembaca blog saya adalah dari kalangan penuntut dalam dan luar negara, sebaya anak-anak sulung saya yang lahir sekitar 1988-89. Oleh itu mereka masih kecil untuk memahami dan meratapi hakikat ini ketika tragedi berlaku. Adapun yang sebaya saya (umur 43 tahun, dilahir 1965), ketika itu kita berusia di awal 30an. Ramai dikalangan masyarakat di Malaysia kurang memahami asas penyembelihan ke atas umat Islam di Bosnia-Herzegovina (selepas ini ditulis Bosnia sahaja). Jika ada terdapat dikalangan mereka yang mengikutinya dengan tekun ketika peristiwa ini berlaku, namun pada hari ini, setelah 15 tahun berlalu, sebahagian mereka telahpun melupainya dek kesibukan mengurus dan menyambung kehidupan seharian.

Peta negara Bosnia-Herzegovina. Umat Islam (hijau) terkepung diantara umat Serbia Kristian Orthodoks (merah) dan umat negara Croatia Kristian Roman Kahtolik (biru) yang juga menguasai bahagian pantai di barat (sebelah kiri warna biru). Sebaik serangan Serbia, PBB seolah-oleh marah dan membuat resolusi sekatan senjata terhadap Serbia. Serbia masih terus mendapat bekalan senjata dari negara-negara jiran seperti Bulgaria di timurnya, sedang mangsa sebenar dari sekatan tersebut ialah umat Islam yang sedang terkepung. Beberapa kawasan warna hijau yang terpisah di sebelah bawah adalah kawasan yang terkepung dan sangat lemah diantaranya bandar Goradze, Srebenica. Akhirnya Srebenica jatuh dan 8000 orang dibunuh kejam dalam masa beberapa hari sahaja.

Presiden Ali Izzat Begovitch, presiden pertama Bosnia-Herzegovina sejak merdeka tahun 1992. Bukunya “Islam: Between East and West” menunjukkan fikrahnya yang sahih. Belum pernah dihasilkan buku seperti itu oleh pemimpin negara umat Islam abad 20. Jika dibiarkan memerintah dalam suasana tenang, Bosnia-Herzegovina boleh menjadi Negara Islam Contoh kepada dunia, di tengah-tengah benua Eropah pula. Barat tidak membiarkan ia berlaku. Sebaik Ali Izzat terpilih menjadi Presiden, Bosnia diserang dari setiap penjuru dengan restu jelas dari Kuasa-kuasa Besar.

Bagi golongan-golongan mereka di atas, sempena tertangkapnya Radovan kelmarin, saya ringkaskan senario tragedi umat Islam di Bosnia seperti berikut :

  1. Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Di zaman Uthman Affan, Islam telah mula menguatkan Angkatan / Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam dll. Kesemuanya melingkari benua Eropah.
  2. Tahun 1543M, kota Constantinopole, ibu benua Eropah Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece, Bulgaria, Australia, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482) dll.
  3. Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun memimpin dan membimbing, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi untuk membentuk sebuah Negara Islam berbanding umat Islam di negara-negara lain dalam Eropah.
  4. Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia (Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun (1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat. Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara, ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia. Ketokohan Tito (foto bawah) mampu menyatukan negara-negara dalam Persekutuan Yugoslavia.
  5. Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisma pada 1991 di Soviet Union menyebabkan menyebabkan Yugoslavia diambang perpecahan. Semua negara didalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan kemerdekaan. Serbia yang menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras. Croatian (Kristian Roman) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat Begovic yang terkenal fikrah Islamnya melalui bukunya “Islam Between East and West”. Saya kira sehingga ke hari ini, di zaman ini, tiada pemimpin tertinggi umat Islam yang boleh menulis Islam dengan jelas sebaik bukunya di atas. PBB tidak menempatkan Tentera Pengaman.
  6. Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia. Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta), lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta yang jadi pelarian, menyangkal angka 11,000 sahaja yang dibunuh seperti yang disiar Utusan 23 Ogos 2008 yang diceplak dari AFP yang cuba memutarbelit fakta.
  7. Diakhir tahun 1994, bilangan Mujahideen terutamanya orang-orang Arab masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahideen yang berpengalaman dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuh Soviet Union pada tahun 1991.
  8. Ditangan Mujahideen, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan pelarian Serbia semakin meningkat. Satu hari saya mendengar berita bilangan pelarian Serbia di saat itu mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia dikalahkan, tetapi juga German, Perancis, Italy dll. Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian Damai Dayton.
  9. Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara Bosnia dari bumi negara Bosnia, terutama warga Arab dikalangan para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad Islam yang sedang berputik di sana.

Diantara detik sedih dalam hidup saya ialah apabila termeterinya Perjanjian Dayton, November 1995, ditandatangani sedang di medan para Mujahideen Arab sedang memenangi operasi demi operasi Jihad melawan tentera lengkap Serbia. Presiden Ali Izzat Begovich (Bosnia), duduk kanan sekali, ditekan hebat untuk tunduk di meja perundingan.

Banyak faktor yang mempengaruhi jiwa saya melalui Tragedi Bosnia ini diantaranya :

  1. Ia berlaku ketika saya melalui pentarbiyahan Islam di Mesir yang kaya dengan perjuangan. Di Mesir, banyak buku-buku tentang isu Bosnia dan lain-lain isu umat Islam ditulis berbanding di negara-negara lain. Disamping khutbah Jumaat, banyak program kesedaran dianjurkan. Diantara yang saya hadiri ialah persembahan anjuran Institution of Engineers, Egypt yang menggabungkan ceramah, nasyid Jihad, pementasan dan ekspo seperti Malam Airmata Palestin yang dianjurkan di Malaysia masakini.
  2. Diantara teman karib saya ialah seorang Bosnia bernama Sofwat Khalilovic. Beliau tamat di Universiti Al-Azhar sebagai pelajar terbaik dengan mendapat pangkat Mumtaz. Sepanjang tragedi Bosnia dan Jihad Islami di sana, kami sering mengikuti perkembangan bandar dan kawasan yang dikepung Serbia atau yang dibebaskan oleh Mujahideen melalui radio satelit beliau dan mencatitnya di sebuah peta besar Bosnia yang memang terpampang di dinding rumahnya. Saya masih ingat diantara bandar yang menjadi tumpuan utama ialah Tuzla, Bihac, Srebenica, Goradze, Sarajevo (ibu negara), Mostar dan Banja Luka.
  3. Video-video tentang Jihad Islam di Bosnia oleh Mujahideen Arab banyak dijual di Mekah berjodol terutama operasi jihad di bulan Julai, September dan akhir sekali November sebelum termeterinya Perjanjian Dayton yang malang itu yang didalangi Amerika. Dari video tersebut menunjukkan keimanan mereka yang tinggi, keperihatinan mereka terhadap umat Islam yang lain dan cinta mereka untuk mati kerana Allah dan Islam. Operasi terakhir Mujahideen dalam bulan November 1995 menunjukkan bagaimana mereka menawan Gunung Palialik yang strategik lalu kerananya dibebaskan sebahagian besar bumi Bosnia yang dikuasai Serbia. Semasa 5 tahun Perang Dunia Kedua (1941-45), tentera Jerman pimpinan Hitler cuba menawan gunung tersebut tetapi gagal, sedang Mujahideen seramai 500 orang berjaya menawannya dalam masa 4 minit sahaja !
  4. Saya berpeluang membentang dan menjelaskan isu umat Islam Bosnia dan kekejaman Serbia-Croatia ke atas mereka, kepada pelajar-pelajar Malaysia di beberapa tempat di luar negara seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea disekitar akhir tahun-tahun 1990an dan awal 2000an. Pembentangan juga diselitkan dengan peranan dan kewajipan Jihad yang difardhukan Allah dan Rasulullah saw ke atas umat Islam. Pembentangan-pembentangan tersebut memberi lebih makna apabila diikuti dengan tayangan video Jihad yang dilakukan oleh para Mujahideen Arab ditahun kemenangan 1995.

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari Tragedi Bosnia adalah seperti berikut :

  1. Barat yang selama ini dilihat bertamaddun, moden dan terbuka tiba-tiba menunjukkan sikap dan tabiatnya yang sebenar dalam memusuhi Islam. Penyembelihan keatas umat Islam Bosnia berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan bertamaddun.
  2. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap peningkatan kekuatan Ahlul Kitab, Yahudi dan Kristian kerana mereka boleh sahaja menyerang umat Islam pada bila-bila masa. Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Ambon, Indonesia, di selatan Sudan dan sebagainya.
  3. Musuh-musuh Islam tidak akan memahami melainkan bahasa Jihad. Eropah dan Amerika tidak menghiraukan tangisan dan rayuan umat Islam Bosnia sejak bermula Tragedi ditahun 1992 melinkan setelah 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan tentera Serbia di satu demi satu pertempuran pada tahun 1995. Jihad ditamatkan pada November 1995 melalui Perjanjian Dayton.
  4. Islam sebenarnya satu aqidah dan kekuatan yang hebat. Hanya dengan 500 orang Mujahideen, seramai 30,000 tentera Serbia boleh dikalahkan. Apatah lagi nanti jika kesemua umat Islam berjumlah 1.5 billion bersatu dan berkualiti tinggi. Mengembalikan keagungan Islam adalah suatu yang tidak mustahil bahkan suatu kepastian, seperti yang dijanjikan Allah dan RasulNya.
  5. Pengalaman Mujahideen sepanjang Jihad di Afghanistan mengalahkan Rusia sangat bermenfaat di Bosnia. Oleh itu Amerika dalam usaha menjajah Iraq (2003), pusat tamaddun dan kekayaan Arab/Islam, mereka terlebih dahulu menjajah Afghanistan (2002) dan menyumbat Mujahideen di sana kedalam penjara Guantanamo.
  6. Tanpa penerangan secara langsung oleh kita kepada umat Islam, seperti masyarakat antarabangsa yang lain, umat Islam tidak akan memahami hakikat percaturan yang berlaku di dunia jika hanya bergantung kepada media resmi antarabangsa dan tempatan. Di sini letaknya peranan para Duat (Pendakwah) Islam.
  7. Walaupun sebelum perang, umat Islam Bosnia hidup seperti Barat, bernikah kahwin campur dengan Kristian Serbia dan Croatia, jahil agama, minum arak dan lain-lain maksiat, tiba-tiba mereka diserang oleh jiran mereka dari satu budaya tapi berlainan agama. Ini sangat mengajar mereka dan kita akan mahalnya harga Aqidah Islam sehingga ia dicemburui dan didengki oleh umat lain. “Dan mereka tidak berdengki melainkan umat Islam beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” (Al-Buruuj).

Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95). Didokong Kuasa-kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton), England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2 juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan). Yang memaksa beliau ke meja perundingan adalah kejayaan 500 orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995). “Sesiapa yang mati, tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah” (Hadis Sahih).

Dulu Slobodan Milosevic diadili ala Barat pada tahun 2001, didapati bersalah oleh Mahkamah The Hague kerana melakukan jenayah perang terhadap umat islam Bosnia. Selepas itu dia dikatakan membunuh diri. Mungkin masih hidup … Kini Radovan Karadzic diberkas dan akan diadili ala The Hague. Biar apa pun hukuman ke atas mereka, ia sedikit pun tidak akan dapat menebus kerugian besar umat Islam di Bosnia, kesannya masih terasa hingga ke hari ini. Ia juga tidak akan dapat menebus kealpaan umat Islam lain yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku ke atas saudara mereka seIslam. Tiada jalan keluar melainkan kita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam diri dan keluarga, dan memperjuangkannya untuk masyarakat sekeliling dan umat yang lain agar bahagia di dunia dan Akhirat. Sekian.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

www.inijalanku.wordpress.com

Mengingati peristiwa berdarah Muslim BosniaSusunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my

MENANGIS, meratap tersedu-sedu kerana tidak dapat menahan sebak. Berpuluh ribu Muslim Bosnia menyambut ulang tahun memperingati peristiwa berdarah pembunuhan kejam ribuan Muslim oleh tentera Serb di Srebrenica, Bosnia Herzegovina, Jumaat lalu.

“Setiap tahun pada waktu ini kami meratapi peristiwa terbabit. Ia seperti berulang kembali,” kata seorang penduduk di Srebrenica, Nafija Alic.

Dia seperti beribu-ribu wanita Muslim lain, dipaksa keluar dari bandar itu selepas ia dikuasai pihak Serb pada 11 Julai 1995. Sejak itu, dia tidak pernah melihat ahli keluarganya.

Bapanya yang turut menjadi mangsa pembunuhan itu sudah ditemui dan disemadikan dua tahun lalu, tetapi suami, ibu dan adiknya yang berusia 17 tahun ketika peristiwa itu, malah lebih 20 sanak saudaranya masih gagal dijejakinya.

Zina Huremovic, 49, hamil pada kali terakhir melihat suaminya, Izet, sebelum dia terlepas daripada kepungan di bandar itu pada 1993.

Sejak itu dia berusaha mencari suaminya, malah dia turut meninggalkan contoh darah anaknya di makmal bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Usahanya untuk menjejaki suaminya berbaloi apabila dia diberitahu jasad Izet ditemui dan sudah dikenal pasti tahun lalu.

“Lama saya menunggu peluang ini, melihat gambarnya dan sangat berharap dia pulang,” kata anaknya, Ermin, yang kini berusia 15 tahun.

“Hari ini saya menanam harapan saya bersamanya. Kerana itu saya tidak akan sekali-kali melupakan atau memaafkan (pembunuh bapanya),” kata remaja lelaki itu.

Srebrenica adalah wilayah di bahagian timur Bosnia Herzegovina, dihuni penduduk Muslim. Ia kekal dalam Republik Srpska, yang dikuasai Serb bersama Persekutuan Muslim Croat yang dibentuk selepas perang Bosnia 1992-1995.

Pada 2007, Republik Srpska atau Serbia mempunyai 1,512,108 penduduk, membabitkan tiga entiti utama, Serb Bosnia (1,330,122), Muslim Bosnia (148,100 dan Croat Bosnia.

Dalam peristiwa berdarah itu lebih 8,000 Muslim, tanpa mengira jantina dan usia dibunuh dengan kejam.

Walaupun sesetengahnya cuba menyelamatkan diri, mereka tetap diburu dan dibunuh, manakala yang terselamat terputus hubungan dengan ahli keluarga dan sehingga kini masih tidak dapat berjumpa.

Mangsa yang dibunuh ditanam beramai-ramai bergelimpangan di dalam kubur besar. Tetapi selepas penyiaran gambar satelit yang menunjukkan sebahagian besar kawasan perkuburan itu, pihak Serb memindahkan mangsa ke lokasi lain untuk menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan daripada masyarakat umum.

Suasana di pusat pemakaman Srebrenica-Potocari menjadi bertambah suram kerana pada kesempatan itu juga dilakukan upacara pengebumian semula kira-kira 300 jenazah yang baru dijumpai.

Ada antara mereka berjalan di lorong keranda hijau mengenal pasti keranda suami, anak, bapa atau adik, sekurang-kurangnya mahu menyentuh jasad insan tersayang buat kali terakhir sebelum mereka disemadikan kembali.

Mayat mereka digali daripada kubur besar dan disemadikan semula dengan lebih elok selepas dikenal pasti melalui ujian DNA. Mereka berusia 15 hingga 84 tahun.

“Sangat sukar untuk menerimanya apabila mereka memberitahu saya yang bapa saya sudah dikenal pasti. Walaupun dia sudah tidak bersama kami, saya tetap gembira kerana rohnya tenteram,” kata Vanesa Mehmedovic, 26, yang melakukan penyempurnaan terhadap jenazah bapanya, Mevludin.

Sehingga kini, lebih 2,900 mangsa dari Srebrenica disemadikan di kawasan tanah perkuburan itu yang dibina pada 2003, khusus bagi peristiwa terbabit. Tetapi beribu-ribu mangsa dikatakan masih belum dapat dikenal pasti, membabitkan beberapa kawasan lagi.

Pada masa ini hanya ujian DNA yang digunakan bagi mengenal pasti mangsa Muslim daripada peristiwa berdarah itu. Sehingga kini, lebih daripada 5,600 mangsa di Srebrenica dapat dikenal pasti, tetapi disebabkan ada bahagian rangka yang tidak lengkap atau kecil, mengakibatkan lebih 2,400 lagi tidak dapat disemadikan.

Jasad mereka disimpan di rumah mayat khas kerana ahli keluarga mereka mahu menunggu anggota badan yang hilang dijumpai sebelum disemadikan semula.

Peristiwa pembunuhan kejam Srebrenica disifatkan sebagai tindakan penghapusan etnik oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalang kepada kekejaman terbabit adalah Radovan Karadzic - warga Bosnia berketurunan Serb yang menjadi pemimpin dalam peperangan dan komander tenteranya, Ratko Mladic, yang masih bebas bergerak di negara Balkan itu.

Mustafa Ceric, Ketua Masyarakat Islam Bosnia, meminta Kesatuan Eropah untuk mewartakan 11 Julai sebagai hari berkabung Eropah pada setiap tahun.

Dibawah ini adalah diantara tulisan saya yang terawal di alam blog. Saya muatkannya di sini.

Monday, February 26, 2007

Mahkamah Keadilan Yg Tidak Adil

MAHKAMAH KEADILAN YG TIDAK ADIL
ICJ Bebaskan Serbia

ICJ akhirnya membebaskan Negara Serbia dari tuduhan membunuh atau bersubahat membunuh umat Islam di Bosnia !! ICJ hanya mengumumkan pembunuhan 8000 penduduk Islam di bandar Srebrenica sebagai pembunuhan kaum dan baki 300,000 penduduk Islam di serata Bosnia di luar bandar Srebrenica sebagai pembunuhan dari perbalahan biasa !!!

Untuk memahami permainan ini, mari kita soroti tragedi 1992 - 1995 yang berlaku di Bosnia yang telah meragut lebih 300,000 nyawa umat Islam Bosnia, 2 juta pelarian, 10,000 anak 9 bulan setelah bermula operasi tentera Serbia hasil perkosaan mereka terhadap wanita2 Islam di Bosnia, belum lagi anak2 yang dilahirkan selepas dari itu, ribuan anak2 yang dilarikan oleh masyarakat Eropah untuk dibahagi-bahagikan dan dibesarkan di pelbagai negara di Eropah dan berbagai tragedi yang menyayat hati dan membangkitkan semangat jihad umat Islam kurun ke 20 ini.

Apabila Yugoslavia menjadi lemah dengan jatuhnya Soviet Union paa 1991, negara2 dalam Persekutuan Yugoslavia seperti Serbia (Kristian Ortodok), Croatia (Kristian Roman Katholik), Bosnia (Islam), Montenegro dan Kosovo (Islam) turut menuju kearah kemerdekaan dan membentuk negara masing2. Serbia memiliki bandar Belgrade, ibukota Yugoslavia sekaligus mengambarkan pengaruh Serbia di segi pentadbiran, ketenteraan dan budaya ke atas lain-lain wilayah. Croatia di biar merdeka lantaran dokongan Kuasa2 Besar Dunia yang beragama kristian membuat Serbia kena akur. Akan tetapi engan dokongan Kuasa2 Besar Dunia, Serbia menyerang Bosnia untuk mengelak pembentukan sebuah Negara Islam Bosnia yang menegakkan Syariat Islam apatah lagi kedudukan Bosnia yang strategik di tengah-tengah benua Eropah, tempat bermulanya tamaddun Kristian dan Barat dalam sejarah kemanusiaan. Membiarkan Islam tegak di Bosnia dengan bilangan 6 juta penduduk Islam akan memberi kesan langsung kepada Eropah, menggugat aqidah dan budaya Kristian, melemahkan kesatuan dan ketenteraannya serta menjadi pusat penyebaran Islam di sana.

1992 negara Serbia di bawah Presiden Slobodan Milosevic menyerang Bosnia. Bagi menutup penglibatan mereka secara langsung, ungkapan serangan oleh salah sebuah kawasan dalam Bosnia yang dinamakan Serb Bosnia digunakan dibawah pimpinan Radovan Karavic. Dengan ini, Kuasa2 Besar (dan kemudiannya ICJ dalam keputusannya semalam) boleh berdalih bahawa ini adalah isu dalam negeri Bosnia semata-mata iaitu pergaduhan diantara penduduk Islam Bosnia di bawah pimpinan Presiden Ali Izzat Begovitch melawan penduduk Serb Bosnia di bawah Radovan Karavic. Presiden Slobodan Milosevic yang sepatutnya di dakwah di Mahkamah Antarabangsa di dakwah telah pun meninggal dunia dalam penjara beberapa bulan lalu. Habis cerita.

Hakikatnya umum mengetahui bahawa negara jiran Serbia terlibat secara langsung dalam membunuh penduduk Islam Bosnia. Kebanyakan tentera, senjata terutama kereta kebal zaman Yugoslavia adalah dibawah pentadbiran Belgrade, ibu negeri Serbia yang dulunya ibu negara Yogoslavia. Bantuan kewangan dalam kempen penghapusan etnik umat Islam datang mencurah2 dari Kuasa2 Besar Dunia dan Eropah melalui negara Serbia juga.

Oleh itu menjadi hak umat Islam untuk kesal dengan keputusan ICJ yang tidak adil terhadap Islam dan sejarah kemanusiaan. Jika ICJ yang merupakan tempat memelihara hak, kebenaran dan keadilan sejagat sendiri telah berlaku zalim, siapa lagi yang diharap dan dinantikan oleh masyarakat dunia untuk menjaga hak-hak asasi mereka.

Sebenarnya ini adalah salah satu kerugian dunia dan umatnya apabila yang memimpin dunia hari ini adalah negara dan mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, pencipta sekelian makhluk. Kita membaca sejarah Islam lalu betapa dunia bahagia dan sejahtera di bawah naungan Islam. Hakikat sejarah ini akan hanya berulang sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran2 agama mereka, memahami tanggungjawab dan peranan mereka berjihad dan berdakwah kepada masyarakat antarabangsa seterusnya memimpin dan membimbing mereka dalam naungan Khilafah Islam yang diredhai Allah. Ini tidak mustahil sekiranya umat Islam sedar dari lamunan mereka dan berusaha gigih kearah itu. Mimpi semalam adalah hakikat yang berlaku pada hari ini dan mimpi (cita-cita) hari ini adalah hakikat (yang tidak mustahil boleh berlaku) hari esok.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
B.Engineering, B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo)

ICJ bebaskan Serbia — Sahkan pembunuhan penduduk Islam semasa Perang Bosnia
THE HAGUE 26 Feb. – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam satu keputusan bersejarah hari ini mendapati pembunuhan hampir 8,000 penduduk Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995 merupakan pembunuhan kaum.
ICJ bagaimanapun membebaskan Serbia daripada tuduhan bertanggungjawab secara langsung atau bersubahat dalam pembunuhan tersebut di Bosnia semasa perang 1992-95.
Keputusan itu mengesahkan keputusan yang dibuat sebelum ini oleh mahkamah jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi bekas Yugoslavia.
Dalam reaksi segara, rakyat Bosnia dan Croatia melahirkan kekecewaan dengan keputusan tersebut.
“Mahkamah memutuskan anggota tentera Serb Bosnia (di Srebrenica) terlibat dalam pembunuhan kaum,” kata Presiden ICJ, Rosalyn Higgins.
Itulah kali pertama ICJ yang merupakan mahkamah tertinggi PBB memutuskan sesuatu kejadian itu sebagai pembunuhan kaum iaitu kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva 1948.
Bagaimanapun dalam keputusan yang sama, ICJ juga menyatakan, pembunuhan beramai-ramai di bahagian lain Bosnia semasa perang 1992-95 tidak dianggap sebagai pembunuhan kaum.
“Mahkamah mendapati Bosnia tidak dapat membuktikan pembunuhan tersebut boleh disifatkan sebagai pembunuhan kaum,” jelas Higgins.
ICJ membacakan keputusan bersejarah dalam kes Bosnia yang telah menuduh Serbia mendalangi kempen “pembersihan etnik” yang dijalankan secara meluas terhadap penduduk Islam dan Croat di Bosnia semasa perang 1992-95.
Bosnia mendakwa kempen itu merupakan pembunuhan kaum.
Serbia telah menyatakan, ia tidak bertanggungjawab terhadap tindakan kumpulan separuh tentera Serb, perang tersebut adalah konflik antara beberapa kumpulan etnik dan tidak ada niat untuk memusnahkan seluruh atau sebahagian penduduk Islam Bosnia.
Dalam keputusan panjang lebar itu, ICJ menyatakan Serbia menyalurkan bantuan ketenteraan dan kewangan yang cukup banyak kepada Republika Srpska (entiti Serb Bosnia) semasa perang Bosnia itu.
– Agensi

Islamic Sounds