Islamic Search Engine

Alwahy.Com Worlds first Internet portal site
Click Here to access more than 1000 videos, audios, articles about Islam!

Friday, August 15, 2008

Bosnia dlm Kenangan....Redovan ke pengadilan...ala barat...

Radovan Karadzic, ketua bangsa Serbia dalam negara Bosnia. Bersama Slobodan Milosevic, Presiden negara jiran, Serbia, membunuh lebih 250,000 orang Islam Bosnia di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan moden dan bertamaddun. Foto Atas Kiri - menyamar sejak 1995 sebelum diberkas kelmarin. Foto Atas Kanan - ketika menghapus umat Islam Bosnia diantara tahun 1992-1995.

Berita Radovan Karadzic diberkas keselamatan Serbia sedikit menggembirakan saya, namun disebalik itu, ia mengembalikan kenangan dan kesedihan mendalam dihati saya terhadap apa yang menimpa umat Islam Bosnia-Herzegovina pada 1992-1995 yang lalu. Ratusan ribu dibunuh kejam dan jutaan pelarian akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera Serbia dibawah arahan Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan lain-lain pemerintah yang nama mereka masih segar dalam ingatan saya biarpun 15 tahun telah berlalu.

(Foto Atas) Sebahagian kecil lelaki Bosnia yang ditempatkan di kem-kem tahanan Serbia (1992-1995). Adapun mereka yang berada di luar kem tahanan, samada menunggu nasib malang seperti yang lain atau telahpun mati menjadi mangsa kekejaman Tamaddun Barat Abad 20 seperti Foto Bawah.

Kebanyakan pembaca blog saya adalah dari kalangan penuntut dalam dan luar negara, sebaya anak-anak sulung saya yang lahir sekitar 1988-89. Oleh itu mereka masih kecil untuk memahami dan meratapi hakikat ini ketika tragedi berlaku. Adapun yang sebaya saya (umur 43 tahun, dilahir 1965), ketika itu kita berusia di awal 30an. Ramai dikalangan masyarakat di Malaysia kurang memahami asas penyembelihan ke atas umat Islam di Bosnia-Herzegovina (selepas ini ditulis Bosnia sahaja). Jika ada terdapat dikalangan mereka yang mengikutinya dengan tekun ketika peristiwa ini berlaku, namun pada hari ini, setelah 15 tahun berlalu, sebahagian mereka telahpun melupainya dek kesibukan mengurus dan menyambung kehidupan seharian.

Peta negara Bosnia-Herzegovina. Umat Islam (hijau) terkepung diantara umat Serbia Kristian Orthodoks (merah) dan umat negara Croatia Kristian Roman Kahtolik (biru) yang juga menguasai bahagian pantai di barat (sebelah kiri warna biru). Sebaik serangan Serbia, PBB seolah-oleh marah dan membuat resolusi sekatan senjata terhadap Serbia. Serbia masih terus mendapat bekalan senjata dari negara-negara jiran seperti Bulgaria di timurnya, sedang mangsa sebenar dari sekatan tersebut ialah umat Islam yang sedang terkepung. Beberapa kawasan warna hijau yang terpisah di sebelah bawah adalah kawasan yang terkepung dan sangat lemah diantaranya bandar Goradze, Srebenica. Akhirnya Srebenica jatuh dan 8000 orang dibunuh kejam dalam masa beberapa hari sahaja.

Presiden Ali Izzat Begovitch, presiden pertama Bosnia-Herzegovina sejak merdeka tahun 1992. Bukunya “Islam: Between East and West” menunjukkan fikrahnya yang sahih. Belum pernah dihasilkan buku seperti itu oleh pemimpin negara umat Islam abad 20. Jika dibiarkan memerintah dalam suasana tenang, Bosnia-Herzegovina boleh menjadi Negara Islam Contoh kepada dunia, di tengah-tengah benua Eropah pula. Barat tidak membiarkan ia berlaku. Sebaik Ali Izzat terpilih menjadi Presiden, Bosnia diserang dari setiap penjuru dengan restu jelas dari Kuasa-kuasa Besar.

Bagi golongan-golongan mereka di atas, sempena tertangkapnya Radovan kelmarin, saya ringkaskan senario tragedi umat Islam di Bosnia seperti berikut :

  1. Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Di zaman Uthman Affan, Islam telah mula menguatkan Angkatan / Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam dll. Kesemuanya melingkari benua Eropah.
  2. Tahun 1543M, kota Constantinopole, ibu benua Eropah Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece, Bulgaria, Australia, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482) dll.
  3. Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun memimpin dan membimbing, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi untuk membentuk sebuah Negara Islam berbanding umat Islam di negara-negara lain dalam Eropah.
  4. Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia (Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun (1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat. Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara, ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia. Ketokohan Tito (foto bawah) mampu menyatukan negara-negara dalam Persekutuan Yugoslavia.
  5. Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisma pada 1991 di Soviet Union menyebabkan menyebabkan Yugoslavia diambang perpecahan. Semua negara didalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan kemerdekaan. Serbia yang menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras. Croatian (Kristian Roman) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat Begovic yang terkenal fikrah Islamnya melalui bukunya “Islam Between East and West”. Saya kira sehingga ke hari ini, di zaman ini, tiada pemimpin tertinggi umat Islam yang boleh menulis Islam dengan jelas sebaik bukunya di atas. PBB tidak menempatkan Tentera Pengaman.
  6. Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia. Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta), lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta yang jadi pelarian, menyangkal angka 11,000 sahaja yang dibunuh seperti yang disiar Utusan 23 Ogos 2008 yang diceplak dari AFP yang cuba memutarbelit fakta.
  7. Diakhir tahun 1994, bilangan Mujahideen terutamanya orang-orang Arab masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahideen yang berpengalaman dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuh Soviet Union pada tahun 1991.
  8. Ditangan Mujahideen, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan pelarian Serbia semakin meningkat. Satu hari saya mendengar berita bilangan pelarian Serbia di saat itu mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia dikalahkan, tetapi juga German, Perancis, Italy dll. Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian Damai Dayton.
  9. Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara Bosnia dari bumi negara Bosnia, terutama warga Arab dikalangan para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad Islam yang sedang berputik di sana.

Diantara detik sedih dalam hidup saya ialah apabila termeterinya Perjanjian Dayton, November 1995, ditandatangani sedang di medan para Mujahideen Arab sedang memenangi operasi demi operasi Jihad melawan tentera lengkap Serbia. Presiden Ali Izzat Begovich (Bosnia), duduk kanan sekali, ditekan hebat untuk tunduk di meja perundingan.

Banyak faktor yang mempengaruhi jiwa saya melalui Tragedi Bosnia ini diantaranya :

  1. Ia berlaku ketika saya melalui pentarbiyahan Islam di Mesir yang kaya dengan perjuangan. Di Mesir, banyak buku-buku tentang isu Bosnia dan lain-lain isu umat Islam ditulis berbanding di negara-negara lain. Disamping khutbah Jumaat, banyak program kesedaran dianjurkan. Diantara yang saya hadiri ialah persembahan anjuran Institution of Engineers, Egypt yang menggabungkan ceramah, nasyid Jihad, pementasan dan ekspo seperti Malam Airmata Palestin yang dianjurkan di Malaysia masakini.
  2. Diantara teman karib saya ialah seorang Bosnia bernama Sofwat Khalilovic. Beliau tamat di Universiti Al-Azhar sebagai pelajar terbaik dengan mendapat pangkat Mumtaz. Sepanjang tragedi Bosnia dan Jihad Islami di sana, kami sering mengikuti perkembangan bandar dan kawasan yang dikepung Serbia atau yang dibebaskan oleh Mujahideen melalui radio satelit beliau dan mencatitnya di sebuah peta besar Bosnia yang memang terpampang di dinding rumahnya. Saya masih ingat diantara bandar yang menjadi tumpuan utama ialah Tuzla, Bihac, Srebenica, Goradze, Sarajevo (ibu negara), Mostar dan Banja Luka.
  3. Video-video tentang Jihad Islam di Bosnia oleh Mujahideen Arab banyak dijual di Mekah berjodol terutama operasi jihad di bulan Julai, September dan akhir sekali November sebelum termeterinya Perjanjian Dayton yang malang itu yang didalangi Amerika. Dari video tersebut menunjukkan keimanan mereka yang tinggi, keperihatinan mereka terhadap umat Islam yang lain dan cinta mereka untuk mati kerana Allah dan Islam. Operasi terakhir Mujahideen dalam bulan November 1995 menunjukkan bagaimana mereka menawan Gunung Palialik yang strategik lalu kerananya dibebaskan sebahagian besar bumi Bosnia yang dikuasai Serbia. Semasa 5 tahun Perang Dunia Kedua (1941-45), tentera Jerman pimpinan Hitler cuba menawan gunung tersebut tetapi gagal, sedang Mujahideen seramai 500 orang berjaya menawannya dalam masa 4 minit sahaja !
  4. Saya berpeluang membentang dan menjelaskan isu umat Islam Bosnia dan kekejaman Serbia-Croatia ke atas mereka, kepada pelajar-pelajar Malaysia di beberapa tempat di luar negara seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea disekitar akhir tahun-tahun 1990an dan awal 2000an. Pembentangan juga diselitkan dengan peranan dan kewajipan Jihad yang difardhukan Allah dan Rasulullah saw ke atas umat Islam. Pembentangan-pembentangan tersebut memberi lebih makna apabila diikuti dengan tayangan video Jihad yang dilakukan oleh para Mujahideen Arab ditahun kemenangan 1995.

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari Tragedi Bosnia adalah seperti berikut :

  1. Barat yang selama ini dilihat bertamaddun, moden dan terbuka tiba-tiba menunjukkan sikap dan tabiatnya yang sebenar dalam memusuhi Islam. Penyembelihan keatas umat Islam Bosnia berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan bertamaddun.
  2. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap peningkatan kekuatan Ahlul Kitab, Yahudi dan Kristian kerana mereka boleh sahaja menyerang umat Islam pada bila-bila masa. Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Ambon, Indonesia, di selatan Sudan dan sebagainya.
  3. Musuh-musuh Islam tidak akan memahami melainkan bahasa Jihad. Eropah dan Amerika tidak menghiraukan tangisan dan rayuan umat Islam Bosnia sejak bermula Tragedi ditahun 1992 melinkan setelah 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan tentera Serbia di satu demi satu pertempuran pada tahun 1995. Jihad ditamatkan pada November 1995 melalui Perjanjian Dayton.
  4. Islam sebenarnya satu aqidah dan kekuatan yang hebat. Hanya dengan 500 orang Mujahideen, seramai 30,000 tentera Serbia boleh dikalahkan. Apatah lagi nanti jika kesemua umat Islam berjumlah 1.5 billion bersatu dan berkualiti tinggi. Mengembalikan keagungan Islam adalah suatu yang tidak mustahil bahkan suatu kepastian, seperti yang dijanjikan Allah dan RasulNya.
  5. Pengalaman Mujahideen sepanjang Jihad di Afghanistan mengalahkan Rusia sangat bermenfaat di Bosnia. Oleh itu Amerika dalam usaha menjajah Iraq (2003), pusat tamaddun dan kekayaan Arab/Islam, mereka terlebih dahulu menjajah Afghanistan (2002) dan menyumbat Mujahideen di sana kedalam penjara Guantanamo.
  6. Tanpa penerangan secara langsung oleh kita kepada umat Islam, seperti masyarakat antarabangsa yang lain, umat Islam tidak akan memahami hakikat percaturan yang berlaku di dunia jika hanya bergantung kepada media resmi antarabangsa dan tempatan. Di sini letaknya peranan para Duat (Pendakwah) Islam.
  7. Walaupun sebelum perang, umat Islam Bosnia hidup seperti Barat, bernikah kahwin campur dengan Kristian Serbia dan Croatia, jahil agama, minum arak dan lain-lain maksiat, tiba-tiba mereka diserang oleh jiran mereka dari satu budaya tapi berlainan agama. Ini sangat mengajar mereka dan kita akan mahalnya harga Aqidah Islam sehingga ia dicemburui dan didengki oleh umat lain. “Dan mereka tidak berdengki melainkan umat Islam beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” (Al-Buruuj).

Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95). Didokong Kuasa-kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton), England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2 juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan). Yang memaksa beliau ke meja perundingan adalah kejayaan 500 orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995). “Sesiapa yang mati, tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah” (Hadis Sahih).

Dulu Slobodan Milosevic diadili ala Barat pada tahun 2001, didapati bersalah oleh Mahkamah The Hague kerana melakukan jenayah perang terhadap umat islam Bosnia. Selepas itu dia dikatakan membunuh diri. Mungkin masih hidup … Kini Radovan Karadzic diberkas dan akan diadili ala The Hague. Biar apa pun hukuman ke atas mereka, ia sedikit pun tidak akan dapat menebus kerugian besar umat Islam di Bosnia, kesannya masih terasa hingga ke hari ini. Ia juga tidak akan dapat menebus kealpaan umat Islam lain yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku ke atas saudara mereka seIslam. Tiada jalan keluar melainkan kita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam diri dan keluarga, dan memperjuangkannya untuk masyarakat sekeliling dan umat yang lain agar bahagia di dunia dan Akhirat. Sekian.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

www.inijalanku.wordpress.com

Mengingati peristiwa berdarah Muslim BosniaSusunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my

MENANGIS, meratap tersedu-sedu kerana tidak dapat menahan sebak. Berpuluh ribu Muslim Bosnia menyambut ulang tahun memperingati peristiwa berdarah pembunuhan kejam ribuan Muslim oleh tentera Serb di Srebrenica, Bosnia Herzegovina, Jumaat lalu.

“Setiap tahun pada waktu ini kami meratapi peristiwa terbabit. Ia seperti berulang kembali,” kata seorang penduduk di Srebrenica, Nafija Alic.

Dia seperti beribu-ribu wanita Muslim lain, dipaksa keluar dari bandar itu selepas ia dikuasai pihak Serb pada 11 Julai 1995. Sejak itu, dia tidak pernah melihat ahli keluarganya.

Bapanya yang turut menjadi mangsa pembunuhan itu sudah ditemui dan disemadikan dua tahun lalu, tetapi suami, ibu dan adiknya yang berusia 17 tahun ketika peristiwa itu, malah lebih 20 sanak saudaranya masih gagal dijejakinya.

Zina Huremovic, 49, hamil pada kali terakhir melihat suaminya, Izet, sebelum dia terlepas daripada kepungan di bandar itu pada 1993.

Sejak itu dia berusaha mencari suaminya, malah dia turut meninggalkan contoh darah anaknya di makmal bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Usahanya untuk menjejaki suaminya berbaloi apabila dia diberitahu jasad Izet ditemui dan sudah dikenal pasti tahun lalu.

“Lama saya menunggu peluang ini, melihat gambarnya dan sangat berharap dia pulang,” kata anaknya, Ermin, yang kini berusia 15 tahun.

“Hari ini saya menanam harapan saya bersamanya. Kerana itu saya tidak akan sekali-kali melupakan atau memaafkan (pembunuh bapanya),” kata remaja lelaki itu.

Srebrenica adalah wilayah di bahagian timur Bosnia Herzegovina, dihuni penduduk Muslim. Ia kekal dalam Republik Srpska, yang dikuasai Serb bersama Persekutuan Muslim Croat yang dibentuk selepas perang Bosnia 1992-1995.

Pada 2007, Republik Srpska atau Serbia mempunyai 1,512,108 penduduk, membabitkan tiga entiti utama, Serb Bosnia (1,330,122), Muslim Bosnia (148,100 dan Croat Bosnia.

Dalam peristiwa berdarah itu lebih 8,000 Muslim, tanpa mengira jantina dan usia dibunuh dengan kejam.

Walaupun sesetengahnya cuba menyelamatkan diri, mereka tetap diburu dan dibunuh, manakala yang terselamat terputus hubungan dengan ahli keluarga dan sehingga kini masih tidak dapat berjumpa.

Mangsa yang dibunuh ditanam beramai-ramai bergelimpangan di dalam kubur besar. Tetapi selepas penyiaran gambar satelit yang menunjukkan sebahagian besar kawasan perkuburan itu, pihak Serb memindahkan mangsa ke lokasi lain untuk menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan daripada masyarakat umum.

Suasana di pusat pemakaman Srebrenica-Potocari menjadi bertambah suram kerana pada kesempatan itu juga dilakukan upacara pengebumian semula kira-kira 300 jenazah yang baru dijumpai.

Ada antara mereka berjalan di lorong keranda hijau mengenal pasti keranda suami, anak, bapa atau adik, sekurang-kurangnya mahu menyentuh jasad insan tersayang buat kali terakhir sebelum mereka disemadikan kembali.

Mayat mereka digali daripada kubur besar dan disemadikan semula dengan lebih elok selepas dikenal pasti melalui ujian DNA. Mereka berusia 15 hingga 84 tahun.

“Sangat sukar untuk menerimanya apabila mereka memberitahu saya yang bapa saya sudah dikenal pasti. Walaupun dia sudah tidak bersama kami, saya tetap gembira kerana rohnya tenteram,” kata Vanesa Mehmedovic, 26, yang melakukan penyempurnaan terhadap jenazah bapanya, Mevludin.

Sehingga kini, lebih 2,900 mangsa dari Srebrenica disemadikan di kawasan tanah perkuburan itu yang dibina pada 2003, khusus bagi peristiwa terbabit. Tetapi beribu-ribu mangsa dikatakan masih belum dapat dikenal pasti, membabitkan beberapa kawasan lagi.

Pada masa ini hanya ujian DNA yang digunakan bagi mengenal pasti mangsa Muslim daripada peristiwa berdarah itu. Sehingga kini, lebih daripada 5,600 mangsa di Srebrenica dapat dikenal pasti, tetapi disebabkan ada bahagian rangka yang tidak lengkap atau kecil, mengakibatkan lebih 2,400 lagi tidak dapat disemadikan.

Jasad mereka disimpan di rumah mayat khas kerana ahli keluarga mereka mahu menunggu anggota badan yang hilang dijumpai sebelum disemadikan semula.

Peristiwa pembunuhan kejam Srebrenica disifatkan sebagai tindakan penghapusan etnik oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalang kepada kekejaman terbabit adalah Radovan Karadzic - warga Bosnia berketurunan Serb yang menjadi pemimpin dalam peperangan dan komander tenteranya, Ratko Mladic, yang masih bebas bergerak di negara Balkan itu.

Mustafa Ceric, Ketua Masyarakat Islam Bosnia, meminta Kesatuan Eropah untuk mewartakan 11 Julai sebagai hari berkabung Eropah pada setiap tahun.

Dibawah ini adalah diantara tulisan saya yang terawal di alam blog. Saya muatkannya di sini.

Monday, February 26, 2007

Mahkamah Keadilan Yg Tidak Adil

MAHKAMAH KEADILAN YG TIDAK ADIL
ICJ Bebaskan Serbia

ICJ akhirnya membebaskan Negara Serbia dari tuduhan membunuh atau bersubahat membunuh umat Islam di Bosnia !! ICJ hanya mengumumkan pembunuhan 8000 penduduk Islam di bandar Srebrenica sebagai pembunuhan kaum dan baki 300,000 penduduk Islam di serata Bosnia di luar bandar Srebrenica sebagai pembunuhan dari perbalahan biasa !!!

Untuk memahami permainan ini, mari kita soroti tragedi 1992 - 1995 yang berlaku di Bosnia yang telah meragut lebih 300,000 nyawa umat Islam Bosnia, 2 juta pelarian, 10,000 anak 9 bulan setelah bermula operasi tentera Serbia hasil perkosaan mereka terhadap wanita2 Islam di Bosnia, belum lagi anak2 yang dilahirkan selepas dari itu, ribuan anak2 yang dilarikan oleh masyarakat Eropah untuk dibahagi-bahagikan dan dibesarkan di pelbagai negara di Eropah dan berbagai tragedi yang menyayat hati dan membangkitkan semangat jihad umat Islam kurun ke 20 ini.

Apabila Yugoslavia menjadi lemah dengan jatuhnya Soviet Union paa 1991, negara2 dalam Persekutuan Yugoslavia seperti Serbia (Kristian Ortodok), Croatia (Kristian Roman Katholik), Bosnia (Islam), Montenegro dan Kosovo (Islam) turut menuju kearah kemerdekaan dan membentuk negara masing2. Serbia memiliki bandar Belgrade, ibukota Yugoslavia sekaligus mengambarkan pengaruh Serbia di segi pentadbiran, ketenteraan dan budaya ke atas lain-lain wilayah. Croatia di biar merdeka lantaran dokongan Kuasa2 Besar Dunia yang beragama kristian membuat Serbia kena akur. Akan tetapi engan dokongan Kuasa2 Besar Dunia, Serbia menyerang Bosnia untuk mengelak pembentukan sebuah Negara Islam Bosnia yang menegakkan Syariat Islam apatah lagi kedudukan Bosnia yang strategik di tengah-tengah benua Eropah, tempat bermulanya tamaddun Kristian dan Barat dalam sejarah kemanusiaan. Membiarkan Islam tegak di Bosnia dengan bilangan 6 juta penduduk Islam akan memberi kesan langsung kepada Eropah, menggugat aqidah dan budaya Kristian, melemahkan kesatuan dan ketenteraannya serta menjadi pusat penyebaran Islam di sana.

1992 negara Serbia di bawah Presiden Slobodan Milosevic menyerang Bosnia. Bagi menutup penglibatan mereka secara langsung, ungkapan serangan oleh salah sebuah kawasan dalam Bosnia yang dinamakan Serb Bosnia digunakan dibawah pimpinan Radovan Karavic. Dengan ini, Kuasa2 Besar (dan kemudiannya ICJ dalam keputusannya semalam) boleh berdalih bahawa ini adalah isu dalam negeri Bosnia semata-mata iaitu pergaduhan diantara penduduk Islam Bosnia di bawah pimpinan Presiden Ali Izzat Begovitch melawan penduduk Serb Bosnia di bawah Radovan Karavic. Presiden Slobodan Milosevic yang sepatutnya di dakwah di Mahkamah Antarabangsa di dakwah telah pun meninggal dunia dalam penjara beberapa bulan lalu. Habis cerita.

Hakikatnya umum mengetahui bahawa negara jiran Serbia terlibat secara langsung dalam membunuh penduduk Islam Bosnia. Kebanyakan tentera, senjata terutama kereta kebal zaman Yugoslavia adalah dibawah pentadbiran Belgrade, ibu negeri Serbia yang dulunya ibu negara Yogoslavia. Bantuan kewangan dalam kempen penghapusan etnik umat Islam datang mencurah2 dari Kuasa2 Besar Dunia dan Eropah melalui negara Serbia juga.

Oleh itu menjadi hak umat Islam untuk kesal dengan keputusan ICJ yang tidak adil terhadap Islam dan sejarah kemanusiaan. Jika ICJ yang merupakan tempat memelihara hak, kebenaran dan keadilan sejagat sendiri telah berlaku zalim, siapa lagi yang diharap dan dinantikan oleh masyarakat dunia untuk menjaga hak-hak asasi mereka.

Sebenarnya ini adalah salah satu kerugian dunia dan umatnya apabila yang memimpin dunia hari ini adalah negara dan mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, pencipta sekelian makhluk. Kita membaca sejarah Islam lalu betapa dunia bahagia dan sejahtera di bawah naungan Islam. Hakikat sejarah ini akan hanya berulang sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran2 agama mereka, memahami tanggungjawab dan peranan mereka berjihad dan berdakwah kepada masyarakat antarabangsa seterusnya memimpin dan membimbing mereka dalam naungan Khilafah Islam yang diredhai Allah. Ini tidak mustahil sekiranya umat Islam sedar dari lamunan mereka dan berusaha gigih kearah itu. Mimpi semalam adalah hakikat yang berlaku pada hari ini dan mimpi (cita-cita) hari ini adalah hakikat (yang tidak mustahil boleh berlaku) hari esok.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
B.Engineering, B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo)

ICJ bebaskan Serbia — Sahkan pembunuhan penduduk Islam semasa Perang Bosnia
THE HAGUE 26 Feb. – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam satu keputusan bersejarah hari ini mendapati pembunuhan hampir 8,000 penduduk Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995 merupakan pembunuhan kaum.
ICJ bagaimanapun membebaskan Serbia daripada tuduhan bertanggungjawab secara langsung atau bersubahat dalam pembunuhan tersebut di Bosnia semasa perang 1992-95.
Keputusan itu mengesahkan keputusan yang dibuat sebelum ini oleh mahkamah jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi bekas Yugoslavia.
Dalam reaksi segara, rakyat Bosnia dan Croatia melahirkan kekecewaan dengan keputusan tersebut.
“Mahkamah memutuskan anggota tentera Serb Bosnia (di Srebrenica) terlibat dalam pembunuhan kaum,” kata Presiden ICJ, Rosalyn Higgins.
Itulah kali pertama ICJ yang merupakan mahkamah tertinggi PBB memutuskan sesuatu kejadian itu sebagai pembunuhan kaum iaitu kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva 1948.
Bagaimanapun dalam keputusan yang sama, ICJ juga menyatakan, pembunuhan beramai-ramai di bahagian lain Bosnia semasa perang 1992-95 tidak dianggap sebagai pembunuhan kaum.
“Mahkamah mendapati Bosnia tidak dapat membuktikan pembunuhan tersebut boleh disifatkan sebagai pembunuhan kaum,” jelas Higgins.
ICJ membacakan keputusan bersejarah dalam kes Bosnia yang telah menuduh Serbia mendalangi kempen “pembersihan etnik” yang dijalankan secara meluas terhadap penduduk Islam dan Croat di Bosnia semasa perang 1992-95.
Bosnia mendakwa kempen itu merupakan pembunuhan kaum.
Serbia telah menyatakan, ia tidak bertanggungjawab terhadap tindakan kumpulan separuh tentera Serb, perang tersebut adalah konflik antara beberapa kumpulan etnik dan tidak ada niat untuk memusnahkan seluruh atau sebahagian penduduk Islam Bosnia.
Dalam keputusan panjang lebar itu, ICJ menyatakan Serbia menyalurkan bantuan ketenteraan dan kewangan yang cukup banyak kepada Republika Srpska (entiti Serb Bosnia) semasa perang Bosnia itu.
– Agensi

Wednesday, July 9, 2008

Sahabat.....

Shuhaib b Sinan ar-Rumi......dianggap berdarah ROM, hakikat tulen arab. Ayah dari bani Numai, Sinan b Malik an-Numairi. Ibu dr bani Tamim.

Berambut perang bercakap arab pelat ROM.

Kejadian beliau dianggap ROM......Ibunya membawa beliau ke sebuah kg utk beristirehat......beliau diserang dan ditawan oleh ROM.....dijual berkali2 di ROM.
Dlm proses perpindahan milik(di jual).....beliau memerhatikan kehidupan masyarakat ROM yang begitu 'daif'(bkn dr aspek harta)......dibenci....

Keazaman utk lari ke negeri arab tinggi menggunung.....membara lagi dgn berita kelahiran seorg rasul...membawa ketengn.....PEACE!!!!

Ketentuan Allah menjayakan pelarian tersebut.......dan ketentuan Allah jua membuatkan beliau ikat janji setia dgn pembesar arab, Abdulah bin Jud'an pd sebelum ketibaan rasul.....

Penantian demi penantian....akhirnya tiba ketentuan Ilahi.....pergerakan di cepatkan ke rumah al-Arqam.....tarikan kesenian, kehalusan, ketengn Islam dirasai.....Alhamdulillah, kalimah syahadat dilafazkan....

Diseksa, dihina......keperitan bak menghancurkan sebuah gunung.....keimanan mengatasi.....

Hijrah dinantikan......diperhati, dihalang oleh kafirun......strategi? beliau ke tandas berulang kali sehingga kafirun anggap latta uzza membuatkan beliau begitu, x perlu kawal.....

Perjalann seorg diri....dipintas kafirun.....seraya berkata, "Kamu smua tahu yg aku pemanah tepat, setiap panahku x akn terlepas.....sehingga kehabisan anak panah, aku tetap akn melawan amu dgn pedgku"....

Keinginan kafirun kpd dunia....takdir Allah, kafirun hnya mahukan harta beliau......beliau terus memberitahu di mana harta.....dan beliau bebas berhijrah ke madinah...pergi bertemu 'syurga' yg diidamkan.......

Rasulullah berkata, "Untunglah jualan ya Abu Yahya 3x"....

.............................................................................................................

Inilah sahabat.....harta dibiar.....untung 'jualan' utk ke akhirat......

Tuesday, July 8, 2008

Where's my true friend?

Dimana? Siapa? Bila?......persoalan di benak minda seseorg yg periang inginkn ramah mesra dr setiap 'kwn' yg ditemui......namun ramah mesra x berkekalan......mungkin krn 'kwn' itu bkn sahabat....

Adakah kehidupn sbg dai'e sntiasa berseorgn?......memikirkan cara utk mengajak org ke arah kebaikan......tapi kenapa bkn berkelompok?.....

Takdir Allah?.......mungkin......

Dlm 'kekeluargaan', kepentign mnjaga perasaan 'anak2' penting tetapi apa pula yg perlu dikatakn jika 'ayah', 'abg', etc diabaikan?........Atau.......'abg angkat' diambil....tapi di masam mukakn dan berpura2 mesra..... derita?

Takdir Allah?.....redha.......

Jika hari ini ada 'exhibition'.....minggu lepas persiapan dibuat......semua sibuk......hinggakan senyuman dibalas =( .......kesilapan org lain dilihat, disimpan, dibalas dgn 'keperitan' perlahan -lahan......

Rindu keadaan di masa baru berkenalan.....mesra sgt2...... =) ........

Dimana sahabat sejati?.....melayan kemesraan tanpa henti.....dlm perit derita, penat lelah.....

Karenah manusia.....baik x bermakna perfect......jahat perlu diubah.....aktiviti tegur-menegur disorok......ketakutan diutamakan........perlukah pengalamn sebegini dlm diri?......
Takut menegur tapi berani membuatkan kwn serba slh......muhasabah x aktif......
pelik?

Takdir Allah?.......Astaghfirullah.....

Ketengn jiwa nurani.....sahabat.....doakanlah.....

....................................................................

p/s: Fikirkanlah maksud tersirat setiap isi (isi diatas x mengikut tatabahasa betul).......sesiapa dpt memahami isinya......harap segera lakukan ape yg perlu.....kpd saya.....diri....sahabat anda....

Jazzakallah Khair Kathira.......dari yg bergelojak jiwa.....menahan derita.....

Friday, May 23, 2008

Ask?

Assalamualaikum wbt

Sorry for not writing in a long time......but in sya' Allah, i hope with the willing of Allah, every entry benefit to all.

Now, let me begin with something human being will do whenever they got something......asking.
(p/s:this entry need a bit IQ from reader....so be prepared)

Start from prophet Adam a.s, when his son, Qabil many times ASKING, why this, why that, etc.

Until now, human being, not only non-muslim, also muslim.

I also curious about this, is it right or wrong asking something that we want to know?

Bare in mind brother and sister, Allah said in Kalamullah,

"So when the Horn is blown, no relationship will there be among them that Day, nor will they ask about one another." (Al-Mu'minun, 101)

If we take a look at this sentence, Allah has been decided that human being cannot asking anymore during that Day, meaning that before that day come, human being like to ask, ask and ask.

Once again, is it ok we always asking something that we curious?

I remember when i'm at school, teacher always give this statement, "ask or i will ask you question".
Now, teacher at school encourage me to ask. what about that? is it ok asking something that we dont know? or asking something that we already know?

Let read with our heart what Allah said,

"And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided." (Al-Baqarah,186)

Now, let me give my opinion about asking (different people have different opinion, so give comment at the end of this blog).

For me, asking may have many types.

Scenario type 1,
i ask my lecturer, how to generate the 'eye diagram' using MATLAB.
So, in my opinion this type of asking is very good, as it will help me to generate the 'eye
diagram'. What about your opinion?


Scenario type 2,
i ask my lecturer, is your way in generating 'eye diagram' is correct?
What do you think about this? I think this type of asking is not right as it is about challenging
the 'expert' knowledge. But, it is ok in order to make our knowledge clear about something.

Scenario type 3,
i ask my lecturer, why do you think that your way is correct in generating 'eye diagram'?
What about this? For me, the person that asking this type of question may have other way or
he just do not want to accept the lecturer's solution without showing his own solution.

Scenario type 4,
i ask my lecturer, who are you?

My opinion, this is just normal question when we want to know someone. =)

And etc......

Discussion:


Let us try to reflect back in our muslim society.

1) people always ask about anything in islam that they really dont know about it. Indeed it is very good because islam encourage the believers to learn, but it is most likely the question that can be ask by the non-muslim and the muslim that really dont know about that. What about the muslim know about that but dont want to accept the fact or the truth?

2) some people may ask question about something that are cleared about its truth. Many example, Islam told us not to get close to zina, but many people always ask is it 'couple' really wrong in islam? and worst when these people give their own 'declaration' about the rule of 'couple'. they may said that we are not doing zina, we just meet and do nothing. I just want to ask, do you know about the meaning of zina and the meaning of not to get close to zina? Of course there are so many other examples.




3) some people may ask is it true that Allah ask us to do this, to do that. and some may ask, why Allah ask us to do the thing that really hard? Example, "amar ma'ruf nahi mungkar". It is so hard to do as it require our time, energy, maybe money, pride (as higher rank officer) and etc. In Al-Quran,

"[And they are] those who, if We give them authority in the land, establish prayer and give zakah and enjoin what is right and forbid what is wrong. And to Allah belongs the outcome of [all] matters." (Al-Hajj, 41).

Some people feel so hard and give so many excuses. What about you?

4) Lastly, i would like to know your opinion, is it better if the question going to be this way..... the question ask should be reflected to ourselves such as the question like "is it i'm doing is right?" or "what are the mistake that i did before?" or "is there any redha from Allah if i'm doing this?". For me it seems to be very practical for good believers which not has many arguments about Allah's regulations(syariah).
Indeed Allah said,

"O you who have believed, do not ask about things which, if they are shown to you, will distress you. But if you ask about them while the Qur’an is being revealed, they will be shown to you. Allah has pardoned that which is past; and Allah is Forgiving and Forbearing." (Al-Maai'dah, 101)

In sya' Allah, thanks for your time to read this and giving some comment. All good from Allah, all bad from myself with the willing Allah.

Jazzakallah khair.





Friday, April 25, 2008

palestine dont cry


assalamualaikum wbt...



tetiba terasa ingin meluahkan apa yg terbuku di dalam seketul daging bernama hati ini....sejujur dari kalbu moga sama2 kita hayati selami dan dalami moga kefahaman dan semangat itu takkan futtur di pertengahan...ameen





anak itu menangis lagi

aduhai anak yg bersemangat berapi

tumpahkanlah airmatamu demi tanah ini

tidak akan berbekas walau sekecil zarah sekali
tetapi jadikan airmata mu sebagai baja yg menyuburi

menjadikan kita lebih hebat lagi mempertahankan agama ini

kerna kita telah berjanji

kita takkan lari dari perjuangan mencari redha Ilahi



hayunkanlah langkahmu mara ke hadapan

capailah batu-batu kerikil berserakan

lontarlah! balinglah! rejamlah!
umpama hujan peluru-peluru yang menakutkan
bagi yg tiada Dia dalam hati dan ruh

kita kuat walau bersenjatakan batu

kerna kita ada Allah di sisi.
Jua

lontarkan kata-kata pedangmu

tari kan pena di atas kertas-kertas putih

corakkan kemaraan, kefahaman, keinsafan

pada semangat pemuda Islam

berbuatlah sesuatu anak

bukan hanya menitiskan airmata jerih itu dibibir matamu
basahkan dan lafazkan dari bibir mungil itu

titipan doa peniup bara api

moga ia tidakkan pernah padam!



Anak,

kitalah kaum yg diriwayatkan

akan terus berjuang menentang al masih al dajjal

bergembiralah kerna kita kaum terpilih

terpilih untuk terus berteriak dan bermati-matian

mempertahankan bumi Palestine

tiada siapa-siapa lagi

jadilah kita orang yg bekerja ke arah itu

bukan umpama buih-buih putih yang banyak di tepian pantai



memang perjuangan ini payah, anak

tapi inilah kemanisan nya

bukan senang untuk membeli syurga Allah

bukan boleh di beli di tepi pasar

atau tetiba jatuh dari langit

tapi ia menuntut darah, keringat, airmata, masa dan harta

mahal harganya...terlalu mahal

tak terbeli jika kita bergoyang kaki dan tangan



Islam itu hebat

hanya orang yg hebat sahaja mampu memikulnya

jadilah orang hebat sehebat Salehuddin!!



Anak,

Ibumu infakkan zuriat kesayangan buat Islam

berjuanglah! bergadai nyawa sekali pun

kerana itu lah yg kita cari-cari

syahid di jalan Dia

ibu redha....kerna ibumu tahu

burung hijau bakal berterbangan di syurga

oh indahnya!!






...kerja lebih banyak dr masa...Dr Aimi to be...iA

Thursday, March 27, 2008

Who moved my cheese?

From autumn gathering, i share with you......


For the 1st 'cheese' that we can take as our own advice......

This is about something that we believe. Let we consider the cheese as our religion "Islam". The more important Islam is to you, the more you want to hold on to it. If you can feel that Islam is very2 important to you, surely you will never let it go from you. Feel it deeply my brothers and sisters.
Indeed Allah said in Holy Quran, "And whoever desires other than Islam as religion - never will it be accepted from him, and he, in the Hereafter, will be among the losers." (3:85) and "And Abraham instructed his sons [to do the same] and [so did] Jacob, [saying], "O my sons, indeed Allah has chosen for you this religion, so do not die except while you are Muslims." (2:132).


Then come 2nd cheese in the story.....
This cheese is about changing. In the story, the littlepeople didn't want to find New Cheese because they believed that the Old Cheese will come again to them. As time running continuously, the Old Cheese like gone forever. One of the littlepeople relieved that situation. He suggest to the other littlepeople, but surprisingly, the other one didn't want to change although they didn't touch any food since the Old Cheese gone.
From the above summary of the story, we can know that we have to change if our belief is wrong. The littlepeople believed that the Old Cheese will remain forever, and that's the reason why they feel so hard to change. For us as Muslims, we have to take this advice if we don't want to become 'extinct' (gone from Allah's favor). We have to change from bad to good.
Looking at history of Rasulullah saw, there was 'hijrah' from Mecca to Medina. Also, there were changing in Rasulullah's saw companion behaviour, from jahiliyya to Islam. Alhamdulillah, brothers and sisters, we now are Muslims, but please change from worst to better, better to the best Muslims we could be. InsyaAllah.
Indeed Allah said in Holy Quran, "For each one are successive [angels] before and behind him who protect him by the decree of Allah. Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any patron." (13:11)


Then come 3rd cheese in the story.....
Straight to the point, above cheese is about 'muhasabah'. You should know your own 'smell' when it's getting bad, and when you should take bath. You should recognized your own act which own is wrong and whcih one is good. The bad act you should reduce it or throw it away from your life, but then the good act you should do more to make your life in Allah's favor. InsyaAllah.


Above 3 cheeses are very important for a Muslim to take care of Islam. Move with the straight path of Islam....Allah Akbar. InsyaAllah.

p/s :
Those 3 are the only cheeses that i got from autumn gathering. In the book of 'Who Moved My Cheese', there are more cheeses than above 3, if you can take the cheese to adapt them into your principle, go ahead. InsyaAllah for Islam, brothers and sisters. IF YOU HAVEN'T READ THE BOOK PLEASE DOWNLOAD FROM THE 'ISLAMIC FILES'.....(left side column of this blog). Wallahua'lam.

Monday, March 24, 2008

Thursday, January 24, 2008

Di sebuah perkampungan pedalaman, terdapat seorang lelaki yang warak dan sangat taat pada agamanya. Agamanya melarang keras perhubungan diantara lelaki dan perempuan yang tidak di ‘ikat’ dengan ‘tali’ yang sah. Bersebelahan rumah lelaki itu terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada 3 orang abang dan seorang adik perempuan. Ibu bapa mereka sudah meninggal dunia, terbunuh dalam kancah peperangan.

Suatu hari, dikhabarkan sebuah peperangan akan berlaku di sebuah negeri. Peperangan itu membabitkan musuh-musuh yang telah membunuh ibu bapa 4 beradik tersebut. Lalu, 3 abang itu tidak melepaskan peluang menyertai perang untuk tujuan membalas dendam.

Di pagi hari mereka memulakan perjalanan tempat peperangan, mereka telah meminta pertolongan dari lelaki warak itu. Mereka meminta supaya adik perempuan mereka di beri makan setiap hari dan segala perbelanjaan akan di tanggung mereka. Di kala pemergian 3 abang tersebut, adik perempuan sempat meminta lelaki warak itu mendoakan kejayaan abang-abangnya.

Hari pertama, lelaki tersebut hanya meletakkan makanan yang di sediakan di hadapan rumahnya dan menjerit supaya perempuan itu mengambil makanan sendiri. Sambil proses pengambilan itu berlaku, lelaki tersebut sibuk menelaah buku-buku. Tiada pertembungan jasad yang berlaku dan inilah yang dirancang dan diinginkannya. Prosedur ini berterusan sehingga seminggu.

Setelah seminggu berlalu, seperti biasa, sedang lelaki itu hendak meletakkan makanan di tempat kebiasaan, syaitan telah membisikkan sesuatu ke telinganya, “haih, engkau nih, kesian la perempuan tuh, kene berjalan ke mari, dah la panas terik.Kan perempuan ni kaum yang lemah. Apa kata engkau pergi letakkan makanan tu didepan rumahnya. Tak panas, tak perlu berjalan jauh”. Dalam hati si lelaki itu, “ Betul juga, baik aku pergi letak didepan rumahnya. Ala, tak bertembung pun, dia kat dalam, aku kat luar. Lepas letak terus balik.” Lalu lelaki tersebut pergi meletakkan makanan di hadapan rumah perempuan itu dan terus pulang. Prosedur ini berlanjutan selama seminggu tanpa ada pertembungan.

Selepas seminggu berlalu, sekali lagi syaitan membisikkan sesuatu, “apa la kau ni, kesian la perempuan tu, bila dia ambil makanan, asyik-asyik dah sejuk. Tak sedap la makanan tu. Cuba engkau beri makanan tu hand-to-hand.” Dalam hatinya, “betul juga, kesian la makan makanan sejuk. Lagipun bila bagi makanan tu, tak usah la pandang muka, dan cakap pun tak perlu.” Lalu pergilah lelaki tersebut dengan hati terbuka. Dia mengetuk pintu, lalu menghulurkan makanan itu. Perempuan itu mempelawa lelaki itu masuk, akan tetapi, lelaki itu terus menoleh dan pulang.

Keesokan harinya, apabila mahu mengulangi proses yang sama, imannya telah pudar sedikit dan nafsunya membuak akibat ajakan perempuan itu. Syaitan membisikkan lagi, “Kau ni, kecil hati perempuan tu, bila orang ajak pergi sajalah. Bukan nak buat ape pun, masuk rumahnya sahaja.” Bertambah lagi ajakan itu untuk masuk ke rumah perempuan itu dengan bisikkan syaitan. Lalu, lelaki tersebut bersetuju untuk masuk ke rumah perempuan itu. Pada mulanya, dia hanya minum the dan terus pulang. Kemudian, lama-kelamaan akibat iman yang sudah pudar, lelaki tersebut telah melanggar hukum agamanya dengan mengadakan hubungan di luar pertalian sah.

Dengan perasaan sangat bersalah dan pemikiran yang kurang waras, lelaki tersebut telah membunuh perempuan itu untuk menutup perbuatannya itu dari diketahui oleh abang-abangnya. Lelaki itu menanam mayat perempaun tersebut didalam rumahnya sendiri.

Setelah 3 bulan berlalu, abang-abang pulang dengan selamat membawa kejayaan. Perihal adik mereka dibunuh telah di tutup dengan alasan yang adiknya telah di culik orang. Pada suatu malam, ketiga-tiga beradik itu didatangi syaitan, lalu diberitahu perihal adik mereka dibunuh. Setelah mengetahui hal sebenar, mereka bertiga membunuh lelaki tersebut sebelum dia sempat meminta maaf.

Sekian.

Message:

1) Syaitan sentiasa mencari jalan paling halus untuk menyesatkan kita. Jika dilihat dari cerita diatas, walaupun ia nampak baik (menyenangkan perempuan itu), tetapi muslihat di sebalik itu lebih dahsyat.

2) Peristiwa diatas boleh di buktikan dengan kejadian-kejadian yang terjadi pada remaja-remaja kita. Contohnya, tidak mengapa sepasang kekasih yang kononnya muslim, muslimah, bertemu. Bukannya berpegang tangan seperti orang lain. INILAH YANG DIINGINI OLEH SYAITAN.

Monday, January 21, 2008

Suatu hari, seorang lelaki, Luqman Al-Hakim, telah memanggil anaknya. “Wahai anakku yang tercinta, debgan petunjuk dari Allah s.w.t, ayah ingin membawa kamu keluar ke bandar. Pergilah bersiap sedia sementara ayah mempersiapkan kenderaan(unta) kita”. Pada ketika anaknya berlalu, Luqman Al-Hakim berdoa kepada-Nya semoga perjalanan mereka ini akan mengajarkan anaknya sesuatu yang berguna untuk dijadikan panduan hidup, amin.

Sekembali anaknya di pintu rumah, Luqman Al-Hakim menyuruh anaknya menaiki unta. Tanpa berkata apa-apa, anaknya terus menaiki unta itu. Akan tetapi, Luqman Al-Hakim tidak menunggangi unta, sebaliknya hanya berada didepan dan menarik unta tersebut. Lalu, mereka meneruskan perjalan mereka ke bandar.

Setelah satu jam berlalu, mereka melalui sekumpulan manusia yang sedang istirehat di tepi jalan. Dari jauh kumpulan tersebut memerhatikan Luqman Al-Hakim dan anaknya. Setelah beliau menghampiri kumpulan tersebut, lalu berkata salah seorang dari mereka, “terlalu biadap anak itu membiarkan ayahnya berjalan sedangkan dia berada senang diatas unta”.

Tanpa menghiraukan kata-kata itu, beliau meneruskan perjalanan sehingga bayangan kumpulan tersebut hilang dari pandangan. Kemudian, Luqman Al-Hakim menyuruh anaknya turun dari tunggangan dan beliau menaiki unta pula. Perjalanan ke bandar diteruskan dengan di pandu oleh anaknya yang berjalan dihadapan unta.

Beberapa ketika berlalu, datanglah segerombolan saudagar dari arah bertentangan. Mereka menghampiri Luqman Al-Hakim dan anaknya, seraya berkata, “sungguh jahat orang ini membiarkan anaknya berjalan sedangkan dia senang duduk diatas unta”.

Seperti kejadian sebelum ini, setelah jauh meningalkan gerombolan itu, Luqman Al-Hakim menyuruh anaknya menaiki unta bersama-sama. Lalu mereka meneruskan perjalanan. Seperti kejadian sebelum ini, sekumpulan manusia yang lain berkata, “Sungguh tidak berperikemanusiaan orang-orang itu, menyeksa unta dengan bebanan sedangkan mereka senang duduk diatasnya”.

Kali ini, Luqman Al-Hakim dan anaknya berjalan tanpa menaiki unta. Setelah beberapa minit berjalan, tibalah mereka di bandar. Setelah dilihat oleh orang-orang bandar akan Luqman Al-Hakim dan anaknya hanya menarik untanya tanpa menunggangi, lalu mereka berkata, “betapa bodohnya orang itu tidak menggunakan nikmat(unta sebagai kenderaan) yang diberi”.

Setelah selesai urusan dibandar, Luqman Al-Hakim dan anaknya terus pulang ke rumah. Tiba mereka di rumah, beliau bertanya kepada anaknya, “wahai anakku yang tercinta, apakah yang dapat kamu ambil dari peristiwa-peristiwa yang terjadi semasa perjalanan kita ke Bandar tadi?”. Lalu anaknya berkata,” sesungguhnya ayahlah yang lebih mengetahui dari saya”.

Anakku, sesungguhnya didunia ini terdiri dari berbagai-bagai ragam manusia, dan kita tidak boleh lari dari kata-kata orang lain terhadap perbuatan kita walaupun baik mahupun jahat. Jadi, kamu janganlah mudah putus asa dalam mengajak manusia ke jalan benar walaupun di hina, di sangka buruk dan sebagainya. Janganlah pula kamu menjadi seperti orang-orang yang kita bertemu tadi, sesungguhnya Allah berfirman

19. Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

(surah An-Nuur, 24:19)

Islamic Sounds