Islamic Search Engine

Alwahy.Com Worlds first Internet portal site
Click Here to access more than 1000 videos, audios, articles about Islam!

Tuesday, July 31, 2007

Islam memang suruh umatnya jadi KAYA!!!!



“Islam suruh umatnya hidup sederhana, tidak perlulah ada duit banyak-banyak. Buat apa nak jadi kaya.”

“Dalam Islam mana ada suruh umatnya jadi kaya-raya”

Ini antara pendapat yang sering saya dengar bila saya mengajak kawan saya berbual tentang bisnes ataupun tentang kewangan. Memandangkan mereka memberi jawapan begitu, saya tidaklah berhasrat untuk bertengkar lidah.

Tetapi betulkah yang Islam tidak suruh umatnya jadi kaya? Mungkin ramai yang tersalah anggap tentang hidup para sahabat Nabi Muhammad.

Berapa agaknya jumlah kekayaan para sahabat Nabi

Mereka memang hidup bersederhana tetapi mereka sebenarnya tersangat kaya. Itu yang dinamakan zuhud. Zuhud bukannya bermaksud asal dapat hidup, itu sudah mencukupi. Zuhud bukannya menyuruh umat Islam menjadi miskin.

Tetapi Zuhud mengajar umatnya menjadi kaya tetapi hidup sederhana. Contoh paling mudah saya mampu berikan, walaupun harta seseorang itu membolehkannya membeli kereta berharga RM200,000 sekalipun tetapi dia tetap membeli kereta Proton Wira.

Sewaktu membuat persiapan untuk Perang Tabuk, Saidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh hartanya. Manakala Saidina Usman pula telah menyediakan persiapan lengkap 900 ekor unta dan 100 ekor kuda perang.

Kalau hendak dibandingkan dengan zaman sekarang, harga seekor kuda yang sudah dilatih untuh perang sudah mencecah sekurang-kurangnya RM20,000. Itu harga paling murah. Harga unta juga lebih kurang sama dengan harga kuda.

Kemudian cuba darabkan dengan jumlah kuda dan unta yang diberi oleh Saidina Usman; RM20,000 X 1000 = RM20,000,000.

Tidakkah anda dapat bayangkan, itu baru 1/4 daripada harta Saidina Usman. Bayangkan berapa agaknya jumlah harta sebenar Saidina Usman.

Cuba kita fikirkan berapa pula agaknya harta Saidina Abu Bakar yang telah memberikan semua sekali hartanya. Bagaimana pula Saidina Abu Bakar akan meneruskan kehidupan selepas Perang Tabuk?

Sebenarnya memang betul Saidina Abu Bakar telah memberikan semua hartanya sekaligus. Tetapi dia tetap masih mempunyai perniagaan yang mampu memberikannya pendapatan. Itu merupakan aset yang dimiliki Saidina Abu Bakar.

Jadi, sememangnya beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendermakan seluruh hartanya kerana asetnya sentiasa menghasilkan duit.

Inilah salah satu rahsia kenapa Islam terlalu kuat walaupun bilangan tenteranya sedikit. Walaupun kekayaan bukanlah salah satu kekuatan yang perlu dibanggakan tetapi janganlah menidakkan hal ini.

Derma sebelum duit bertambah banyak



Kerana itulah Islam menyuruh umatnya menjadi kaya supaya dapat memberikan sumbangan dalam ekonomi Islam.

Seorang jutawan pernah memberitahu saya, “Buatlah charity semasa hidup susah lagi. Supaya perkara itu menjadi habit dalam diri kita sehingga menjadi kaya.”

Terpulang kepada anda untuk hidup bersederhana tetapi Islam tetap suruh umatnya menjadi kaya!

Taken from www.iluvislam.com

3 comments:

Anonymous said...

Tips utk menabung + beramal jariah. Jika anda ada RM50, guna RM10 utk menabung ,RM10 utk sedekah jariah dan RM40 utk berbelanja.InsyaAllah akan jd kaya..huhu

Wan Muhammad 'Imran said...

mintak maaf banyak2....x ter'quote' article nih....

taken from www.iluvislam.com

Anonymous said...

viagra online no prescription buying viagra online in britain viagra australia cheapest uk supplier viagra viagra uk cheap purchase buy viagra australia viagra 34434 viagra attorney columbus viagra discount viagra attorneys viagra professional viagra alternative viagra uk cheap purchase buy buy online viagra

Islamic Sounds