Islamic Search Engine

Alwahy.Com Worlds first Internet portal site
Click Here to access more than 1000 videos, audios, articles about Islam!

Friday, August 15, 2008

Bosnia dlm Kenangan....Redovan ke pengadilan...ala barat...

Radovan Karadzic, ketua bangsa Serbia dalam negara Bosnia. Bersama Slobodan Milosevic, Presiden negara jiran, Serbia, membunuh lebih 250,000 orang Islam Bosnia di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan moden dan bertamaddun. Foto Atas Kiri - menyamar sejak 1995 sebelum diberkas kelmarin. Foto Atas Kanan - ketika menghapus umat Islam Bosnia diantara tahun 1992-1995.

Berita Radovan Karadzic diberkas keselamatan Serbia sedikit menggembirakan saya, namun disebalik itu, ia mengembalikan kenangan dan kesedihan mendalam dihati saya terhadap apa yang menimpa umat Islam Bosnia-Herzegovina pada 1992-1995 yang lalu. Ratusan ribu dibunuh kejam dan jutaan pelarian akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera Serbia dibawah arahan Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan lain-lain pemerintah yang nama mereka masih segar dalam ingatan saya biarpun 15 tahun telah berlalu.

(Foto Atas) Sebahagian kecil lelaki Bosnia yang ditempatkan di kem-kem tahanan Serbia (1992-1995). Adapun mereka yang berada di luar kem tahanan, samada menunggu nasib malang seperti yang lain atau telahpun mati menjadi mangsa kekejaman Tamaddun Barat Abad 20 seperti Foto Bawah.

Kebanyakan pembaca blog saya adalah dari kalangan penuntut dalam dan luar negara, sebaya anak-anak sulung saya yang lahir sekitar 1988-89. Oleh itu mereka masih kecil untuk memahami dan meratapi hakikat ini ketika tragedi berlaku. Adapun yang sebaya saya (umur 43 tahun, dilahir 1965), ketika itu kita berusia di awal 30an. Ramai dikalangan masyarakat di Malaysia kurang memahami asas penyembelihan ke atas umat Islam di Bosnia-Herzegovina (selepas ini ditulis Bosnia sahaja). Jika ada terdapat dikalangan mereka yang mengikutinya dengan tekun ketika peristiwa ini berlaku, namun pada hari ini, setelah 15 tahun berlalu, sebahagian mereka telahpun melupainya dek kesibukan mengurus dan menyambung kehidupan seharian.

Peta negara Bosnia-Herzegovina. Umat Islam (hijau) terkepung diantara umat Serbia Kristian Orthodoks (merah) dan umat negara Croatia Kristian Roman Kahtolik (biru) yang juga menguasai bahagian pantai di barat (sebelah kiri warna biru). Sebaik serangan Serbia, PBB seolah-oleh marah dan membuat resolusi sekatan senjata terhadap Serbia. Serbia masih terus mendapat bekalan senjata dari negara-negara jiran seperti Bulgaria di timurnya, sedang mangsa sebenar dari sekatan tersebut ialah umat Islam yang sedang terkepung. Beberapa kawasan warna hijau yang terpisah di sebelah bawah adalah kawasan yang terkepung dan sangat lemah diantaranya bandar Goradze, Srebenica. Akhirnya Srebenica jatuh dan 8000 orang dibunuh kejam dalam masa beberapa hari sahaja.

Presiden Ali Izzat Begovitch, presiden pertama Bosnia-Herzegovina sejak merdeka tahun 1992. Bukunya “Islam: Between East and West” menunjukkan fikrahnya yang sahih. Belum pernah dihasilkan buku seperti itu oleh pemimpin negara umat Islam abad 20. Jika dibiarkan memerintah dalam suasana tenang, Bosnia-Herzegovina boleh menjadi Negara Islam Contoh kepada dunia, di tengah-tengah benua Eropah pula. Barat tidak membiarkan ia berlaku. Sebaik Ali Izzat terpilih menjadi Presiden, Bosnia diserang dari setiap penjuru dengan restu jelas dari Kuasa-kuasa Besar.

Bagi golongan-golongan mereka di atas, sempena tertangkapnya Radovan kelmarin, saya ringkaskan senario tragedi umat Islam di Bosnia seperti berikut :

  1. Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Di zaman Uthman Affan, Islam telah mula menguatkan Angkatan / Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam dll. Kesemuanya melingkari benua Eropah.
  2. Tahun 1543M, kota Constantinopole, ibu benua Eropah Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece, Bulgaria, Australia, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482) dll.
  3. Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun memimpin dan membimbing, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi untuk membentuk sebuah Negara Islam berbanding umat Islam di negara-negara lain dalam Eropah.
  4. Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia (Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun (1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat. Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara, ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia. Ketokohan Tito (foto bawah) mampu menyatukan negara-negara dalam Persekutuan Yugoslavia.
  5. Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisma pada 1991 di Soviet Union menyebabkan menyebabkan Yugoslavia diambang perpecahan. Semua negara didalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan kemerdekaan. Serbia yang menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras. Croatian (Kristian Roman) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat Begovic yang terkenal fikrah Islamnya melalui bukunya “Islam Between East and West”. Saya kira sehingga ke hari ini, di zaman ini, tiada pemimpin tertinggi umat Islam yang boleh menulis Islam dengan jelas sebaik bukunya di atas. PBB tidak menempatkan Tentera Pengaman.
  6. Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia. Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta), lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta yang jadi pelarian, menyangkal angka 11,000 sahaja yang dibunuh seperti yang disiar Utusan 23 Ogos 2008 yang diceplak dari AFP yang cuba memutarbelit fakta.
  7. Diakhir tahun 1994, bilangan Mujahideen terutamanya orang-orang Arab masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahideen yang berpengalaman dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuh Soviet Union pada tahun 1991.
  8. Ditangan Mujahideen, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan pelarian Serbia semakin meningkat. Satu hari saya mendengar berita bilangan pelarian Serbia di saat itu mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia dikalahkan, tetapi juga German, Perancis, Italy dll. Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian Damai Dayton.
  9. Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara Bosnia dari bumi negara Bosnia, terutama warga Arab dikalangan para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad Islam yang sedang berputik di sana.

Diantara detik sedih dalam hidup saya ialah apabila termeterinya Perjanjian Dayton, November 1995, ditandatangani sedang di medan para Mujahideen Arab sedang memenangi operasi demi operasi Jihad melawan tentera lengkap Serbia. Presiden Ali Izzat Begovich (Bosnia), duduk kanan sekali, ditekan hebat untuk tunduk di meja perundingan.

Banyak faktor yang mempengaruhi jiwa saya melalui Tragedi Bosnia ini diantaranya :

  1. Ia berlaku ketika saya melalui pentarbiyahan Islam di Mesir yang kaya dengan perjuangan. Di Mesir, banyak buku-buku tentang isu Bosnia dan lain-lain isu umat Islam ditulis berbanding di negara-negara lain. Disamping khutbah Jumaat, banyak program kesedaran dianjurkan. Diantara yang saya hadiri ialah persembahan anjuran Institution of Engineers, Egypt yang menggabungkan ceramah, nasyid Jihad, pementasan dan ekspo seperti Malam Airmata Palestin yang dianjurkan di Malaysia masakini.
  2. Diantara teman karib saya ialah seorang Bosnia bernama Sofwat Khalilovic. Beliau tamat di Universiti Al-Azhar sebagai pelajar terbaik dengan mendapat pangkat Mumtaz. Sepanjang tragedi Bosnia dan Jihad Islami di sana, kami sering mengikuti perkembangan bandar dan kawasan yang dikepung Serbia atau yang dibebaskan oleh Mujahideen melalui radio satelit beliau dan mencatitnya di sebuah peta besar Bosnia yang memang terpampang di dinding rumahnya. Saya masih ingat diantara bandar yang menjadi tumpuan utama ialah Tuzla, Bihac, Srebenica, Goradze, Sarajevo (ibu negara), Mostar dan Banja Luka.
  3. Video-video tentang Jihad Islam di Bosnia oleh Mujahideen Arab banyak dijual di Mekah berjodol terutama operasi jihad di bulan Julai, September dan akhir sekali November sebelum termeterinya Perjanjian Dayton yang malang itu yang didalangi Amerika. Dari video tersebut menunjukkan keimanan mereka yang tinggi, keperihatinan mereka terhadap umat Islam yang lain dan cinta mereka untuk mati kerana Allah dan Islam. Operasi terakhir Mujahideen dalam bulan November 1995 menunjukkan bagaimana mereka menawan Gunung Palialik yang strategik lalu kerananya dibebaskan sebahagian besar bumi Bosnia yang dikuasai Serbia. Semasa 5 tahun Perang Dunia Kedua (1941-45), tentera Jerman pimpinan Hitler cuba menawan gunung tersebut tetapi gagal, sedang Mujahideen seramai 500 orang berjaya menawannya dalam masa 4 minit sahaja !
  4. Saya berpeluang membentang dan menjelaskan isu umat Islam Bosnia dan kekejaman Serbia-Croatia ke atas mereka, kepada pelajar-pelajar Malaysia di beberapa tempat di luar negara seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea disekitar akhir tahun-tahun 1990an dan awal 2000an. Pembentangan juga diselitkan dengan peranan dan kewajipan Jihad yang difardhukan Allah dan Rasulullah saw ke atas umat Islam. Pembentangan-pembentangan tersebut memberi lebih makna apabila diikuti dengan tayangan video Jihad yang dilakukan oleh para Mujahideen Arab ditahun kemenangan 1995.

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari Tragedi Bosnia adalah seperti berikut :

  1. Barat yang selama ini dilihat bertamaddun, moden dan terbuka tiba-tiba menunjukkan sikap dan tabiatnya yang sebenar dalam memusuhi Islam. Penyembelihan keatas umat Islam Bosnia berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan bertamaddun.
  2. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap peningkatan kekuatan Ahlul Kitab, Yahudi dan Kristian kerana mereka boleh sahaja menyerang umat Islam pada bila-bila masa. Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Ambon, Indonesia, di selatan Sudan dan sebagainya.
  3. Musuh-musuh Islam tidak akan memahami melainkan bahasa Jihad. Eropah dan Amerika tidak menghiraukan tangisan dan rayuan umat Islam Bosnia sejak bermula Tragedi ditahun 1992 melinkan setelah 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan tentera Serbia di satu demi satu pertempuran pada tahun 1995. Jihad ditamatkan pada November 1995 melalui Perjanjian Dayton.
  4. Islam sebenarnya satu aqidah dan kekuatan yang hebat. Hanya dengan 500 orang Mujahideen, seramai 30,000 tentera Serbia boleh dikalahkan. Apatah lagi nanti jika kesemua umat Islam berjumlah 1.5 billion bersatu dan berkualiti tinggi. Mengembalikan keagungan Islam adalah suatu yang tidak mustahil bahkan suatu kepastian, seperti yang dijanjikan Allah dan RasulNya.
  5. Pengalaman Mujahideen sepanjang Jihad di Afghanistan mengalahkan Rusia sangat bermenfaat di Bosnia. Oleh itu Amerika dalam usaha menjajah Iraq (2003), pusat tamaddun dan kekayaan Arab/Islam, mereka terlebih dahulu menjajah Afghanistan (2002) dan menyumbat Mujahideen di sana kedalam penjara Guantanamo.
  6. Tanpa penerangan secara langsung oleh kita kepada umat Islam, seperti masyarakat antarabangsa yang lain, umat Islam tidak akan memahami hakikat percaturan yang berlaku di dunia jika hanya bergantung kepada media resmi antarabangsa dan tempatan. Di sini letaknya peranan para Duat (Pendakwah) Islam.
  7. Walaupun sebelum perang, umat Islam Bosnia hidup seperti Barat, bernikah kahwin campur dengan Kristian Serbia dan Croatia, jahil agama, minum arak dan lain-lain maksiat, tiba-tiba mereka diserang oleh jiran mereka dari satu budaya tapi berlainan agama. Ini sangat mengajar mereka dan kita akan mahalnya harga Aqidah Islam sehingga ia dicemburui dan didengki oleh umat lain. “Dan mereka tidak berdengki melainkan umat Islam beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” (Al-Buruuj).

Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95). Didokong Kuasa-kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton), England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2 juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan). Yang memaksa beliau ke meja perundingan adalah kejayaan 500 orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995). “Sesiapa yang mati, tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah” (Hadis Sahih).

Dulu Slobodan Milosevic diadili ala Barat pada tahun 2001, didapati bersalah oleh Mahkamah The Hague kerana melakukan jenayah perang terhadap umat islam Bosnia. Selepas itu dia dikatakan membunuh diri. Mungkin masih hidup … Kini Radovan Karadzic diberkas dan akan diadili ala The Hague. Biar apa pun hukuman ke atas mereka, ia sedikit pun tidak akan dapat menebus kerugian besar umat Islam di Bosnia, kesannya masih terasa hingga ke hari ini. Ia juga tidak akan dapat menebus kealpaan umat Islam lain yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku ke atas saudara mereka seIslam. Tiada jalan keluar melainkan kita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam diri dan keluarga, dan memperjuangkannya untuk masyarakat sekeliling dan umat yang lain agar bahagia di dunia dan Akhirat. Sekian.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

www.inijalanku.wordpress.com

Mengingati peristiwa berdarah Muslim BosniaSusunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my

MENANGIS, meratap tersedu-sedu kerana tidak dapat menahan sebak. Berpuluh ribu Muslim Bosnia menyambut ulang tahun memperingati peristiwa berdarah pembunuhan kejam ribuan Muslim oleh tentera Serb di Srebrenica, Bosnia Herzegovina, Jumaat lalu.

“Setiap tahun pada waktu ini kami meratapi peristiwa terbabit. Ia seperti berulang kembali,” kata seorang penduduk di Srebrenica, Nafija Alic.

Dia seperti beribu-ribu wanita Muslim lain, dipaksa keluar dari bandar itu selepas ia dikuasai pihak Serb pada 11 Julai 1995. Sejak itu, dia tidak pernah melihat ahli keluarganya.

Bapanya yang turut menjadi mangsa pembunuhan itu sudah ditemui dan disemadikan dua tahun lalu, tetapi suami, ibu dan adiknya yang berusia 17 tahun ketika peristiwa itu, malah lebih 20 sanak saudaranya masih gagal dijejakinya.

Zina Huremovic, 49, hamil pada kali terakhir melihat suaminya, Izet, sebelum dia terlepas daripada kepungan di bandar itu pada 1993.

Sejak itu dia berusaha mencari suaminya, malah dia turut meninggalkan contoh darah anaknya di makmal bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Usahanya untuk menjejaki suaminya berbaloi apabila dia diberitahu jasad Izet ditemui dan sudah dikenal pasti tahun lalu.

“Lama saya menunggu peluang ini, melihat gambarnya dan sangat berharap dia pulang,” kata anaknya, Ermin, yang kini berusia 15 tahun.

“Hari ini saya menanam harapan saya bersamanya. Kerana itu saya tidak akan sekali-kali melupakan atau memaafkan (pembunuh bapanya),” kata remaja lelaki itu.

Srebrenica adalah wilayah di bahagian timur Bosnia Herzegovina, dihuni penduduk Muslim. Ia kekal dalam Republik Srpska, yang dikuasai Serb bersama Persekutuan Muslim Croat yang dibentuk selepas perang Bosnia 1992-1995.

Pada 2007, Republik Srpska atau Serbia mempunyai 1,512,108 penduduk, membabitkan tiga entiti utama, Serb Bosnia (1,330,122), Muslim Bosnia (148,100 dan Croat Bosnia.

Dalam peristiwa berdarah itu lebih 8,000 Muslim, tanpa mengira jantina dan usia dibunuh dengan kejam.

Walaupun sesetengahnya cuba menyelamatkan diri, mereka tetap diburu dan dibunuh, manakala yang terselamat terputus hubungan dengan ahli keluarga dan sehingga kini masih tidak dapat berjumpa.

Mangsa yang dibunuh ditanam beramai-ramai bergelimpangan di dalam kubur besar. Tetapi selepas penyiaran gambar satelit yang menunjukkan sebahagian besar kawasan perkuburan itu, pihak Serb memindahkan mangsa ke lokasi lain untuk menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan daripada masyarakat umum.

Suasana di pusat pemakaman Srebrenica-Potocari menjadi bertambah suram kerana pada kesempatan itu juga dilakukan upacara pengebumian semula kira-kira 300 jenazah yang baru dijumpai.

Ada antara mereka berjalan di lorong keranda hijau mengenal pasti keranda suami, anak, bapa atau adik, sekurang-kurangnya mahu menyentuh jasad insan tersayang buat kali terakhir sebelum mereka disemadikan kembali.

Mayat mereka digali daripada kubur besar dan disemadikan semula dengan lebih elok selepas dikenal pasti melalui ujian DNA. Mereka berusia 15 hingga 84 tahun.

“Sangat sukar untuk menerimanya apabila mereka memberitahu saya yang bapa saya sudah dikenal pasti. Walaupun dia sudah tidak bersama kami, saya tetap gembira kerana rohnya tenteram,” kata Vanesa Mehmedovic, 26, yang melakukan penyempurnaan terhadap jenazah bapanya, Mevludin.

Sehingga kini, lebih 2,900 mangsa dari Srebrenica disemadikan di kawasan tanah perkuburan itu yang dibina pada 2003, khusus bagi peristiwa terbabit. Tetapi beribu-ribu mangsa dikatakan masih belum dapat dikenal pasti, membabitkan beberapa kawasan lagi.

Pada masa ini hanya ujian DNA yang digunakan bagi mengenal pasti mangsa Muslim daripada peristiwa berdarah itu. Sehingga kini, lebih daripada 5,600 mangsa di Srebrenica dapat dikenal pasti, tetapi disebabkan ada bahagian rangka yang tidak lengkap atau kecil, mengakibatkan lebih 2,400 lagi tidak dapat disemadikan.

Jasad mereka disimpan di rumah mayat khas kerana ahli keluarga mereka mahu menunggu anggota badan yang hilang dijumpai sebelum disemadikan semula.

Peristiwa pembunuhan kejam Srebrenica disifatkan sebagai tindakan penghapusan etnik oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalang kepada kekejaman terbabit adalah Radovan Karadzic - warga Bosnia berketurunan Serb yang menjadi pemimpin dalam peperangan dan komander tenteranya, Ratko Mladic, yang masih bebas bergerak di negara Balkan itu.

Mustafa Ceric, Ketua Masyarakat Islam Bosnia, meminta Kesatuan Eropah untuk mewartakan 11 Julai sebagai hari berkabung Eropah pada setiap tahun.

Dibawah ini adalah diantara tulisan saya yang terawal di alam blog. Saya muatkannya di sini.

Monday, February 26, 2007

Mahkamah Keadilan Yg Tidak Adil

MAHKAMAH KEADILAN YG TIDAK ADIL
ICJ Bebaskan Serbia

ICJ akhirnya membebaskan Negara Serbia dari tuduhan membunuh atau bersubahat membunuh umat Islam di Bosnia !! ICJ hanya mengumumkan pembunuhan 8000 penduduk Islam di bandar Srebrenica sebagai pembunuhan kaum dan baki 300,000 penduduk Islam di serata Bosnia di luar bandar Srebrenica sebagai pembunuhan dari perbalahan biasa !!!

Untuk memahami permainan ini, mari kita soroti tragedi 1992 - 1995 yang berlaku di Bosnia yang telah meragut lebih 300,000 nyawa umat Islam Bosnia, 2 juta pelarian, 10,000 anak 9 bulan setelah bermula operasi tentera Serbia hasil perkosaan mereka terhadap wanita2 Islam di Bosnia, belum lagi anak2 yang dilahirkan selepas dari itu, ribuan anak2 yang dilarikan oleh masyarakat Eropah untuk dibahagi-bahagikan dan dibesarkan di pelbagai negara di Eropah dan berbagai tragedi yang menyayat hati dan membangkitkan semangat jihad umat Islam kurun ke 20 ini.

Apabila Yugoslavia menjadi lemah dengan jatuhnya Soviet Union paa 1991, negara2 dalam Persekutuan Yugoslavia seperti Serbia (Kristian Ortodok), Croatia (Kristian Roman Katholik), Bosnia (Islam), Montenegro dan Kosovo (Islam) turut menuju kearah kemerdekaan dan membentuk negara masing2. Serbia memiliki bandar Belgrade, ibukota Yugoslavia sekaligus mengambarkan pengaruh Serbia di segi pentadbiran, ketenteraan dan budaya ke atas lain-lain wilayah. Croatia di biar merdeka lantaran dokongan Kuasa2 Besar Dunia yang beragama kristian membuat Serbia kena akur. Akan tetapi engan dokongan Kuasa2 Besar Dunia, Serbia menyerang Bosnia untuk mengelak pembentukan sebuah Negara Islam Bosnia yang menegakkan Syariat Islam apatah lagi kedudukan Bosnia yang strategik di tengah-tengah benua Eropah, tempat bermulanya tamaddun Kristian dan Barat dalam sejarah kemanusiaan. Membiarkan Islam tegak di Bosnia dengan bilangan 6 juta penduduk Islam akan memberi kesan langsung kepada Eropah, menggugat aqidah dan budaya Kristian, melemahkan kesatuan dan ketenteraannya serta menjadi pusat penyebaran Islam di sana.

1992 negara Serbia di bawah Presiden Slobodan Milosevic menyerang Bosnia. Bagi menutup penglibatan mereka secara langsung, ungkapan serangan oleh salah sebuah kawasan dalam Bosnia yang dinamakan Serb Bosnia digunakan dibawah pimpinan Radovan Karavic. Dengan ini, Kuasa2 Besar (dan kemudiannya ICJ dalam keputusannya semalam) boleh berdalih bahawa ini adalah isu dalam negeri Bosnia semata-mata iaitu pergaduhan diantara penduduk Islam Bosnia di bawah pimpinan Presiden Ali Izzat Begovitch melawan penduduk Serb Bosnia di bawah Radovan Karavic. Presiden Slobodan Milosevic yang sepatutnya di dakwah di Mahkamah Antarabangsa di dakwah telah pun meninggal dunia dalam penjara beberapa bulan lalu. Habis cerita.

Hakikatnya umum mengetahui bahawa negara jiran Serbia terlibat secara langsung dalam membunuh penduduk Islam Bosnia. Kebanyakan tentera, senjata terutama kereta kebal zaman Yugoslavia adalah dibawah pentadbiran Belgrade, ibu negeri Serbia yang dulunya ibu negara Yogoslavia. Bantuan kewangan dalam kempen penghapusan etnik umat Islam datang mencurah2 dari Kuasa2 Besar Dunia dan Eropah melalui negara Serbia juga.

Oleh itu menjadi hak umat Islam untuk kesal dengan keputusan ICJ yang tidak adil terhadap Islam dan sejarah kemanusiaan. Jika ICJ yang merupakan tempat memelihara hak, kebenaran dan keadilan sejagat sendiri telah berlaku zalim, siapa lagi yang diharap dan dinantikan oleh masyarakat dunia untuk menjaga hak-hak asasi mereka.

Sebenarnya ini adalah salah satu kerugian dunia dan umatnya apabila yang memimpin dunia hari ini adalah negara dan mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, pencipta sekelian makhluk. Kita membaca sejarah Islam lalu betapa dunia bahagia dan sejahtera di bawah naungan Islam. Hakikat sejarah ini akan hanya berulang sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran2 agama mereka, memahami tanggungjawab dan peranan mereka berjihad dan berdakwah kepada masyarakat antarabangsa seterusnya memimpin dan membimbing mereka dalam naungan Khilafah Islam yang diredhai Allah. Ini tidak mustahil sekiranya umat Islam sedar dari lamunan mereka dan berusaha gigih kearah itu. Mimpi semalam adalah hakikat yang berlaku pada hari ini dan mimpi (cita-cita) hari ini adalah hakikat (yang tidak mustahil boleh berlaku) hari esok.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
B.Engineering, B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo)

ICJ bebaskan Serbia — Sahkan pembunuhan penduduk Islam semasa Perang Bosnia
THE HAGUE 26 Feb. – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam satu keputusan bersejarah hari ini mendapati pembunuhan hampir 8,000 penduduk Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995 merupakan pembunuhan kaum.
ICJ bagaimanapun membebaskan Serbia daripada tuduhan bertanggungjawab secara langsung atau bersubahat dalam pembunuhan tersebut di Bosnia semasa perang 1992-95.
Keputusan itu mengesahkan keputusan yang dibuat sebelum ini oleh mahkamah jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi bekas Yugoslavia.
Dalam reaksi segara, rakyat Bosnia dan Croatia melahirkan kekecewaan dengan keputusan tersebut.
“Mahkamah memutuskan anggota tentera Serb Bosnia (di Srebrenica) terlibat dalam pembunuhan kaum,” kata Presiden ICJ, Rosalyn Higgins.
Itulah kali pertama ICJ yang merupakan mahkamah tertinggi PBB memutuskan sesuatu kejadian itu sebagai pembunuhan kaum iaitu kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva 1948.
Bagaimanapun dalam keputusan yang sama, ICJ juga menyatakan, pembunuhan beramai-ramai di bahagian lain Bosnia semasa perang 1992-95 tidak dianggap sebagai pembunuhan kaum.
“Mahkamah mendapati Bosnia tidak dapat membuktikan pembunuhan tersebut boleh disifatkan sebagai pembunuhan kaum,” jelas Higgins.
ICJ membacakan keputusan bersejarah dalam kes Bosnia yang telah menuduh Serbia mendalangi kempen “pembersihan etnik” yang dijalankan secara meluas terhadap penduduk Islam dan Croat di Bosnia semasa perang 1992-95.
Bosnia mendakwa kempen itu merupakan pembunuhan kaum.
Serbia telah menyatakan, ia tidak bertanggungjawab terhadap tindakan kumpulan separuh tentera Serb, perang tersebut adalah konflik antara beberapa kumpulan etnik dan tidak ada niat untuk memusnahkan seluruh atau sebahagian penduduk Islam Bosnia.
Dalam keputusan panjang lebar itu, ICJ menyatakan Serbia menyalurkan bantuan ketenteraan dan kewangan yang cukup banyak kepada Republika Srpska (entiti Serb Bosnia) semasa perang Bosnia itu.
– Agensi

No comments:

Islamic Sounds